Hebahan: Karnival “Jom ke Masjid”

July 1st, 2010

Masjid Nurul Ehsan Taman Medan akan mengadakan Karnival “Jom ke Masjid” selama tiga hari (2-4 Julai 2010) bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Bermacam-macam aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuk gerai-gerai jualan. Aqsa Syarif Petaling Jaya tidak ketinggalan membuka gerai jualan sepanjang 3 hari program karnival tersebut..kepada semua ahli IKRAM PJ dan SJ yang ada kelapangan, boleh sama-sama bantu untuk gerai jualan dan promosi Aqsa Syarif sepanjang karnival tersebut…

 

Majlis perasmian akan dibuat pada esok malam (Jumaat) pukul 9.00 malam yang akan disempurnakan oleh Dato Dr Hasan Ali…dan forum perdana akan diadakan pada malam kemuncak yg akan disampaikan oleh Ust Roslan Mohamed (UM) dan Ust Ismail Kamus…

Kenyataan Media IKRAM – Isu Mansuh UPSR & PMR

July 1st, 2010

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM  PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH.

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Read the rest of this entry »

Kenyataan Media IKRAM – Isu Wahabi

July 1st, 2010

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH  BUKAN DENGAN MELABEL

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.

IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar. 

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.

 Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 

 Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Hebahan: “Siswi OutDooR CamP” Jul 2010

June 29th, 2010

Satu program berbentuk ‘outdoor’ bagi para siswi yang mengikuti liqa’ tarbawiyy di sekitar daerah Subang Jaya dan Petaling Jaya akan diadakan pada  31 Julai – 1 Ogos 2010 di Batang Kali. Program kali ini bertemakan “Mantap Tarbiyyah, Gerakkan Dakwah” adalah anjuran Pemuda IKRAM PJ/SJ. Antara objektif utama program ini adalah:

  • Mewujudkan Ukhuwwah Islamiyyah berterusan sesama pelajar
  • Menyuburkan kepedulian terhadap isu-isu masyarakat.
  • Mendedahkan  penglibatan aktivitisme Dakwah Bil Hal.

Tentatif Program:

  • Sabtu, 31 Julai 2010: Flying Fox; Kajian kes & bengkel; riadhah & tazkeerah senja; ceramah “Tarbiyyah Digalas, Dakwah Direntas”
  • Ahad, 1 Ogos 2010: Qiamullail, Lawatan Kg Orang Asli & Jungle Survival

Yuran Dan Sumbangan yang dikenakan ialah RM 20 (Pelajar) sahaja. Sebarang sumbangan dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan, persatuan, syarikat atau individu-individu adalah amat dialu-alukan. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan pihak penganjur mengharapkan kerjasama serta sumbangan dalam bentuk material dan tenaga dalam menjayakan program ini. Paling utama, diharap program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Taala seiring dengan pencapaian objektif yang telah digariskan bagi program ini secara keseluruhan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Program saudari Siti Khadijah bt Abd Wahid.

Malam Palestine, Masjid Al-Husna Subang Bistari Jun 2010

June 29th, 2010

Update: Blog Wanita & Keluarga

June 26th, 2010

Sikap Islam Terhadap Wanita

Sesungguhnya tabiat Islam adalah tawazun serta adil dalam segala aturannya dan segala seruannya, berupa hukum-hukum dan tata cara kehidupan. Ia tidak memberikan sesuatu untuk mengharamkan yang lainnya, ia juga tidak membesar-besarkan sesuatu atas kerugian yang lain, ia tidak berlebihan dalam memberikan hak-haknya dan tidak pula dalam menuntut kewajiban-kewajibannya. Oleh karena itu bukanlah stressing yang ditekankan oleh Islam untuk memanjakan wanita di atas kerugian lelaki dan juga tidak menzalimi wanita karena kepentingan lelaki. Tidak pula penekanan Islam itu pada memperturutkan keinginan-keinginan wanita lebih atas perhitungan risalahnya, dan tidak pula memperturutkan lelaki melebihi perhitungan kehormatan wanita. Akan tetapi kita dapatkan bahwa sikap Islam terhadap wanita itu tergambar sebagai berikut [Baca sepenuhnya] :

  • Memelihara Tugas Wanita Dan Kewanitaannya
  • Menghormati Tugas Wanita Yang Mulia
  • Rumah Sebagai Kerajaan Besar Bagi Wanita
  • Rumah Tangga Bahagia Yang Itu Merupakan Asas Masyarakat Yang Bahagia
  • Bekerja Di Luar Rumah, Selama Pekerjaan Yang Ia Lakukan Itu Sesuai Dengan Tabiatnya

Artikel lain yang menarik:

Bebaskan … Al-Aqsa As Syarif

June 26th, 2010

Kefahaman Masjid Al-Aqsa Yang Betul

June 26th, 2010

Oleh: Syeikh Raid Shalah (Ketua Harakah Islam di wilayah Palestina 48)

dakwatuna.com – Saya menemukan ketidakfahaman dan ketidaktahuan pada sebahagian (besar) umat Islam tentang apa yang dimaksud dengan Masjid Al Aqsa Al Mubarak? berapa luasnya? dan bangunan apa saja yang ada di dalamnya? Ketidaktahuan Umat tentang hal ini mestilah satu fenomena yang menyedihkan. Dari banyak perjalanan yang saya lalui, samada selama menunaikan ibadah Haji, atau keikutsertaan saya dalam konferensi-konferensi Islam, dan interaksi dengan berbagai elemen Umat baik di musim Haji maupun Umrah, saya punya kesimpulan bahawa kaum Muslimin masih memiliki pemahaman yang salah tentang Masjid Al Aqsa. Sebahagian mereka menyangka bahawa Qubah As Shokhrah (Dome of The Rock atau masjid berkubah kuning emas) adalah al Aqsa. Sebahagian lagi mengira, bahawa Mushalla Al Marwani adalah bangunan tersendiri, bukan merupakan bahagian dan tidak ada kaitanya sama sekali dengan al Aqsa al Mubarak. Sebahagian lagi bahkan kebingungan ketika mendengar istilah “al Aqsa al Mubarak” dan istilah “al Aqsa Al Qadim” (al Aqsa kuno).

Kerananya saya fikir adalah sesuatu yang mendesak untuk mengangkat dan menjelaskan permasalahan ini. Kerana adalah tidak wajar jika seorang muslim atau seorang arab tidak mengetahui yang mana AL Aqsa, kerana ketidak tahuan terhadap hakikat Masjid Al Aqsa yang sesungguhnya adalah awal yang memilukan bagi hilangnya al Aqsa al Mubarak. Sebaliknya, mengetahui dan memahami dengan baik (hakikat Masjid al Aqsa) merupakan prasyarat mutlak demi terwujudnya kesucian, kemuliaan dan kemerdekaan al Aqsa Al Mubarak, meski orang-orang kafir pasti tidak menyukainya. Kerana itu, saya bertanya kepada diri saya sediri dan kepada Kaum Muslimin, “Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan al Aqsa Al Mubarak itu?” [Baca sepenuhnya..]

Madrasah Hassan al-Banna Siri 7

June 24th, 2010

Kefahaman Ikhwanul Muslimin tentang Islam adalah kefahaman baru dan lama. Adapun barunya, kerana kefahaman itu asing bagi kebanyakan orang termasuk generasi muda Islam sendiri, kerana kefahaman itu memandang Islam sebagai agama dan negara, ibadah dan kepemimpinan, rohani dan amal, salat dan jihad, Al Quran dan pedang, sebagai yang diumumkan oleh pendiri gerakan itu pada prinsip pertama dari prinsip-prinsipnya yang dua puluh itu : “Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup seluruh kenyataan hidup. Ia adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan bangsa, jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran, bijak pandai dan undang-undang atau ilmu dan peradilan, akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan, kebendaan dan kekayaan atau usaha dan harta, begitu pula ia adalah akidah yang Murni dan ibadat yang benar.”

Pengertian barat terhadap agama dengan menganggap agama adalah hubungan manusia dengan Tuhannya, bahawa tempatnya di mesjid dan surau dan tidak ada hubungannya dengan negara dan masyarakat. Kefahaman ini telah mempengaruhi banyak orang, sehingga di antara kecaman terhadap Ikhwanul Muslimin adalah ia mencampur adukkan antara agama dan politik. Pemahaman Islam seperti ini adalah baru bagi kebanyakan orang, sehingga Hasan Al-Banna menamakannya “Islam Ikhwanul Muslimin”. Tetapi sebenarnya itu adalah pemahaman lama yang dikemukakan oleh Islam sendiri, kerana demikianlah pemahaman sahabat dan tabi’in terhadap agamanya, iaitu Islam menurut Al Quran dan As Sunnah. .. Dua kekeliruan kaum muslimin memahami Islam.. Usaha penjajahan yang berbahaya  [Baca sepenuhnya]

Siri-Siri lepas karangan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi:

Hebahan: Malam Palestine, Subang Bestari

June 23rd, 2010

Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi

June 21st, 2010

Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM

Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian. Di peringkat global, dunia masih lagi berada dalam genggaman kuasa-kuasa besar, bekas-bekas penjajah, masih lagi diancam penjajahan bentuk baru, peperangan, perhambaan, penindasan, pemerasan, perkauman yang sempit, kemiskinan, kelaparan, kejahilan dan pelbagai bentuk kezaliman.

Majoriti penduduk dunia – sebahagian besarnya terdiri daripada umat Islam yang mencecah angka 1.6 bilion – masih lagi tidak dapat keluar dari berbagai-bagai penderitaan kehidupan yang membelenggu mereka sejak sekian lama. Perjalanan dunia masih lagi dipenuhi kemelut, bencana dan krisis yang silih berganti. Dunia masih lagi dikuasai orde lama dan baru yang tidak mampu sama sekali menegakkan keadilan untuk manusia sejagat. Firman Allah s.w.t: “Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Al-Rum (Rom) 30:41

Peristiwa kejatuhan khilafah Othmaniah pada tahun 1924 merupakan satu tragedi pahit dalam sejarah ummah. Kita kehilangan payung yang selama ini memayungi ummah di seluruh dunia. Selepas kejatuhannya, ummah berhadapan dengan penjajahan dan penindasan yang berleluasa, alam Islam dipecah-pecahkan menjadi berbagai-bagai negara yang lemah, berbeza sistem, pemimpinnya terdiri daripada golongan yang memuja barat atau yang tidak punya kelayakan, umat dilumpuhkan dan hak-hak mereka dinafikan. Palestin bertukar tangan. Israel didirikan di tengah-tengah alam Islam. Kewujudannya ibarat duri dalam daging, sebagai pangkalan perang musuh, betul-betul di jantung alam Islam yang telah memisahkan ummah di benua Afrika daripada saudara-saudaranya di benua Asia. [Baca sepenuhnya]

Lagu IKRAM Malaysia (IM)

June 21st, 2010

Pelancaran IKRAM, MIECC 20 Jun 2010

June 20th, 2010

Jati Diri, Sifat Positif Kebangkitan Umat

June 10th, 2010

Syeikh Dr Muhammad Badie’

Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Imam Al-Banna, ketika beliau merumuskan jalan menuju jati diri sebenar ialah dengan empat sifat: “Akhlak yang teguh, tubuh yang kuat, berfikiran intelek, mampu mencari nafkah sendiri, ” kemudian kita diarahkan pada tarbiyah diri dengan tiga sifat: “akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah pada dirinya sendiri”, sehingga dengan demikian mampu membentuk sikap positif dengan tiga sifat lainnya: “Teratur dalam urusannya, mengisi masanya, dan bermanfaat bagi orang lain.”

Wahai umat Islam, berilah perhatian kalian terhadap pembinaan jati diri dan sikap positif, gunakanlah potensi-potensi kalian, kerana umat sangat memerlukan apa yang dapat kalian berikan walaupun sedikit, bekerjalah untuk menggilapkan cita-cita kalian, dan doronglah masyarakat untuk bekerja dan berusaha, gunakanlah kesempatan sebaik mungkin .. Imam Ali ra pernah berkata: “Kesempatan berlalu seperti berlalunya awan, maka gunakanlah kesempatan tersebut sebaik-baiknya”.

Dan selidikilah realiti yang ada kerana hal tersebut merupakan sebahagian dari perencanaan,”. Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang memiliki cita-cita yang tinggi: “Iaitu yang sentiasa berfikir, memberi perhatian yang utama, jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut, tidak menjauhkan diri dari medan amal, dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”

Hindarilah sikap negatif terhadap umat manusia, kerana orang yang memiliki sikap positif sentiasa membersihkan hati mereka dari yang negatif, dan mendorong orang-orang yang bersamanya supaya memiliki sikap positif untuk bekerja. Renungkanlah apa yang diucapkan oleh orang-orang yang memiliki sikap negatif ketika melihat situasi umat seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam FirmanNya: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?. Lalu Al-Qur’an merakam pula apa yang diungkapkan oleh orang-orang yang berjiwa positif. Allah berfirman: “mereka menjawab: “Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”. (Al-A’raf:164)

Hebahan: Forum Umum Palestine

June 4th, 2010

Satu Forum Umum Palestine Multi Faith Multi Racial  anjuran Aqsa Syarif WP & Selangor  yang bertemakan  Palestine : We, Malaysians are with you akan diadakan pada Rabu,9 June 2010  pukul 8.00 – 11.30 malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Penceramah adalah terdiri daripada  Sukarelawan Mavi Marmara, Wakil Parlimen dan lain-lain. Pengacara Program ialah Dr.T & Zabrina

  • Penceramah 1 : Wakil Aqsa Syarif (Ust. Hasanuddin Mohd. Yunus) 
  • Penceramah 2 : Wakil Haluan (Noor Azman)
  • Penceramah 3 : Wakil Viva Palestine (Dr Musa)
  • Penceramah 4 : Padri – Christian Society
  • Penceramah 5 : Wakil PACE (Pak Selamat)
  • Penceramah 6 : Wakil Parlimen (Khalid Samad & Dato Mukhriz)

Program sepanjang Ceramah, Kaunter, Edaran, Tapak Jualan, persembahan Nasyid & Multi Media akan diadakan. Nasyid akan dipersembahkan oleh Muadz bertajuk  Palestin: We, Malaysians are with you