About IKRAM

 

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

 
IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

  • ——– 0 ——— 0 ———- 0 ———

JAWATANKUASA DAERAH IKRAM Subang Jaya Sesi 2010/2012

  • Ustaz Hajar Bin Opir, Yang Dipertua
  • Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah, Timbalan Yang Dipertua
  • Ustazah Wan Ramizah Binti Hasan, Ketua Wanita
  • Sabri Bin Saad, Setiausaha
  • Badrul Azmi Bin Jamaluddin, Bendahari
  • Bilal Bin Mohd Parid, Penolong Setiausaha

Ahli Jawatan Kuasa:

  • Azman Bin Jaacob
  • Shahrul Aman Bin Mohd Saari
  • Ustaz Mohamed Fairooz Bin Mohamed Fathillah
  • Ustazah Nabiroh Binti Kassim
  • Ustazah Wan Yusnee Binti Wan Abdullah
  • Ahmad Firdaus Bin Mohd Nor
  • Ustaz Sakijan Bin Muri
  • Ustaz Abdullah Bin Shamsudin
  • Ustazah Siti Ramlah Binti Ibrahim

Sila baca sepenuhnya di laman web rasmi IKRAM Malaysia.  

Pautan blog/laman web IKRAM:-