Hebahan: Kem Belia AFAQ-WAMY PJ

Insya Allah,  sekali lagi satu program perkhemahan  belia  -  “Mukhayyam  Khariji“  –  Petaling Jaya akan diadakan pada 4-6 Disember 2009 di Kem IsiRimba, Ulu Kemensah,  Selangor Darul Ehsan (Peta lokasi).  Program  yang bermatlamatkan “ukhuwah & indhibat”  ini merupakan anjuran bersama Afaq-WAMY PJ yang akan melibatkan 50 peserta (lelaki dan  bukan pelajar)  yang terdiri dari pengerak & aktivitis yang mengikuti liqa’  tarbawiyy dalam jaringan Afaq-WAMY PJ. 

Maklumat lanjut akan dikemaskini dan dimaklumkan kemudian melalui post ini.  Bagi penerangan lanjut,  sila berhubung dengan saudara Hazim Alias 016-3859293.

“Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama” (Imam Al-Banna).

Comments are closed.