Hebahan: Program JILUNA Nov-Dis’09

Buat makluman semua ikhwah & akhawat sekelian, sempena dengan cuti sekolah yang akan bermula pada 21 Nov 2009 ini, JILUNA PJ akan mengadakan beberapa program buat anak-anak. Program-program ini bermatlamat mempertaut dan mengukuhkan hubungan antara anak-anak ikhwah & akhawat seterusnya membentuk generasi pelapis yang komited dengan dakwah. Seperti yang i/a sedia maklum, julat umur anak-anak untuk JILUNA ialah 11 – 17 tahun. Oleh yang demikian diharap I/A dapat membantu menggalakkan anak-anak agar menyertai program-program yang telah diatur :

 

Program Perkhemahan JILUNA ‘09

Tarikh : 13–15 Disember 2009

Tempat : Segamat, Johor

Program : Indoor & Outdoor.

Peralatan kem: pakaian yang mencukupi & menutup aurat, seluar trek & T-Shirt (berlengan panjang bagi anak-anak perempuan), kasut & selipar, persalinan solat, pen & buku catitan, satu botol air mineral, ubat (bagi berkenaan) dan beg plastic (pakaian basah).

 

Program Ziarah Rumah Ikhwah & Akhawat

Tarikh : 21 Nov 2009 – 3 Januari 2010

Tempat : Rumah I/A

Program : JILUNA akan mengadakan ziarah ke rumah I/A berdasarkan jadual yang telah disusun (I/A yang terlibat akan dimaklumkan). I/A yang terlibat akan diminta untuk menyediakan satu program khas semasa  JILUNA bertandang ke rumah masing-masing mengikut kumpulan mentor-mentee sebagai contoh : kelas memasak,  kelas IT, menjahit, gotong royong,  mengecat rumah,  kelas membaiki kenderaan dan lain-lain

  

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama semarakkan program-program JILUNA ini dengan menghantar anak-anak untuk menyertainya. Sebarang pertanyaan atau persoalan menghubungi saudara Bilal Parid 012-9166245 dan Anas Fauzi 012-2342078.

Comments are closed.