Jalan Kemenangan, Ibadah Kemudian Qiadah

Imam Hassan al-Banna

 

Saya bertemu seorang tua yang beruban yang sudah mula melangkah ke alam akhirat.. saya duduk bersamanya pada siang hari yang amat bermakna, di selubungi oleh kesucian rohani.. tampak jelas dari wajahnya dia seorang yang soleh, bertaqwa dan hatinya langsung berhubungan dengan Allah swt sekalipun dia tidak mendapat tempat di hati masyarakatnya..lalu saya berbual-bual dengannya. Dia bertanya saya: ‘Apa nama persatuan kamu? Saya menjawab: ‘Sesungguhnya kami bukanlah persatuan, tetapi ikhwan -bersaudara- kerana Allah, kami bertemu di atas dasar aqidah dan fikrah dan berusaha untuk melaksanakannya di dalam diri kami, kemudian berusaha pula meyakinkan manusia lain… fikrah kami pula tidak lain melainkan untuk memahami Islam dan menyebarkannya kepada orang ramai!‘.

 

Lalu dia menjawab: ‘Cantik.. siapa yang mengajar kepada kalian di tempat kalian? Saya lalu menjawab: ‘Kebiasaannya saya akan menyampaikan penerangan kepada ikhwan’.  Kemudian orang tua tadi terdiam seketika lantas melihat tepat kepadaku dan bertanya: ‘Adakah kamu mengerjakan solat malam (qiamullail)?‘…. Saya bertanyanya kembali..: ‘Apa yang tuan harapkan dari jawapan saya terhadap soalan tuan? Sedangkan diri kita berada dalam genggaman Allah swt, sekiranya Dia mahu dibangunkan kita, begitulah sebaliknya sekiranya Dia mahu Dia boleh matikan kita.’  Orang tua tadi menjawab: ‘Benarlah Allah dan RasulNya dan manusia itu amat gemar berbantah-bantah….’

 

Ya akhi, Sesungguhnya tarbiah diri, mensucikan jiwa serta memandu hati-hati, tidak akan diraih melalui lafaz-lafaz yang diulang-ulang, kaedah-kaedah yang diajarkan dan tidak dengan teori-teori yang disampaikan… kalaupun ia bermanafaat untuk akal dan ilmu, ia sebenarnya terpisah dari perasaan dan rohaniah, sedangkan manusia amat berhajat kepada kemurnian jiwa dan akhlak mulia. Mereka yang berusaha’ mengislah’ manusia melalui penulisan semata-mata adalah tertipu kerana ia tidak akan sampai kepada objektif yang diharapkan. [Baca sepenuhnya]

Comments are closed.