Hebahan: Misi Kembara Dakwah Bumi Kenyalang

Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dengan Kerjasama HIKMAH Sarawak akan menganjurkan Misi Kembara Dakwah ke Bumi Kenyalang (KEMBARA) dijadualkan pada 9 – 17 Januari 2009. Bagi misi pertama kali ini hanya seramai 39 orang pelajar lepasan SPM 2009 akan dipilih dari sekolah-sekolah jaringan Musleh dibimbing oleh 8 orang guru pegawai KRS-Musleh akan turut serta. Syarat bagi penyertaan ialah seperti berikut:

1-Lepasan SPM 2009

2-Menghadiri PRINT 2009 ( Perkemahan Nasional KRS-Musleh)

3-Mendapat sokongan Penyelaras Tarbiyyah Sekolah dan Pengetua masing-masing

4-Sihat tubuh badan

5-Membiaya yuran penyertaan termasuk tiket pergi balik KL-Kuching sebanyak RM600.00. Calon boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendapat dana bagi penyertaan mereka.


Tentatif program ialah seperti berikut:
Membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat HIKMAH, JAIS, JAKIM Sarawak, Muzium dan Dewan Undangan Negeri, Khidmat Masyarakat di Perkampungan Saudara Kita di pinggir pedalaman Sarawak. Kampung ini diurus tadbir oleh Pegawai HIKMAH; pembentangan Hasil Kajian/Projek Misi Dakwah di hadapan wakil HIKMAH dan JAKIM Sarawak; dan lawatan bebas sekitar Kuching.


Borang penyertaan akan diedarkan di sekolah masing-masing mulai 9 November 2009. Tarikh tutup ialah pada 20 November 2009. Keputusan pemilihan adalah muktamad. Maklumat Lanjut sila hubungi Urusetia : Ust Shahrinizam 0134818252,  Pengarah; Abd Rahaim: 013-2296552

 

Comments are closed.