Projek Fastabiqul Khairat Kemboja ‘09

Alhamdulillah untuk kali yang ke-6, program ibadah qurban & aqiqah di Kemboja akan diteruskan lagi sebagai salah satu agenda Projek Fastabiqul Khairat Kemboja di bawah kelolaan World Assembly of Muslim Youth (WAMY Malaysia) Petaling Jaya. Pada tahun lepas, daging-daging qurban telah berjaya diagihkan kepada 18 buah perkampungan Islam di sekitar wilayah Cham, Benteay Meanchey, Phnom Penh dan Siem Reap. Terdapat lebih 130 perkampungan Islam di Kemboja dan pada tahun 2009 projek ini mensasarkan 40 buah perkampungan. Objektif projek :

  • Bertindak sebagai pengantara sukarela ‘bukan komersial’ bagi umat Islam  Malaysia yang hendak membuat amal kebajikan di Kemboja dengan lebih terancang  & efektif.
  • Mengurus & mengagihkan daging  qurban kepada perkampungan-perkampungan Islam di Kemboja.
  • Merancang & mengkordinasikan sumber-sumber sumbangan rakyat Malaysia untuk masyarakat Islam Kemboja seperti pembinaan masjid, menaiktaraf madrasah, penginapan pelajar dan guru, menaja pelajar, menolong golongan fakir miskin dll.

 

Kos ternakan qurban – 1 bhg lembu (RM250), 1 ekor lembu (RM1,750), 1 ekor kambing (RM400). Sila berhubung dengan wakil projek  - saudara Ahmad Nizam (03-42574608) atau nizam@wamy.my , saudara Azmi Katiman (019-2716292) dan Hj Fariz Fadhlullah (019-3000147).

 

Comments are closed.