Kesatuan dan Ukhuwwah Islamiyah adalah diantara rukun-rukun terpenting dalam mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam. Tanpanya organisasi tersebut hanya tinggal sebagai kelab, badan atau persatuan biasa semata-mata tanpa ruh perjuangan Islam yang sebenar. Ukhuwwah dan kasih saying dikalangan anggota dalam saff mampu menjaga jemaah dari berlaku keretakan dan kemusnahan. Yang aku mahu dengan kamu semua berUkhuwwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam Dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri”. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa yang terselamat dari bersifat bakhil pada dirinya (hanya mengutamakan dirinya sendiri), maka mereka adalah orang-orang yang berjaya)”. [Hasan Al-Banna]

Diantara peranan musuh-musuh Islam atau pihak lawan ialah meretakkan hubungan sesama anggota dalam organisasi dan juga mengelirukan masyarakat. Dengan cara ini tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut dapat dilemahkan, lalu mereka akan lari meninggalkannya atau memberi sokongan kepada pihak-pihak yang lain pula. Adalah penting pihak pimpinan mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum resmi kepada masyarakat awam dengan segera demi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat, dalam sesuatu isu penting, apatah lagi isu yang sengaja direka oleh pihak-pihak berkepentingan kearah mencapai muslihat tertentu. Ukhuwwah atau kasih sayang juga lahir dari kesatuan kefahaman (wahdah al-fikr) yang sahih terhadap Islam dan cara menegakkan Islam (Manhaj At-Taghyir). Ukhuwwah dan Wahdatul Fikr tidak akan lahir melainkan dengan Tarbiyah yang sahih, bersungguh, bersistem, memakan masa yang lama dan melalui berbagai aktiviti dan pengalaman yang panjang. Oleh itu asas kepada Dakwah dan sebarang perubahan dalam jiwa diri dan masyarakat tidak lain tidak bukan ialah Tarbiyah itu sendiri. [Baca sepenuhnya]
Ustaz Halim Abdullah - www.inijalanku.wordpress.com