Hebahan: Perkongsian Remaja MUIS

Gabungan Belia Masjid Petaling Jaya Selatan akan melaksanakan dan memperkasa program belia dan remaja masjid-masjid dalam kawasan Petaling Jaya Selatan melalui satu sekrateriat yang akan ditubuhkan.  Sebagai langkah awal satu muzakarah akan diadakan khusus kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Belia/Pemuda/Remaja masjid-masjid dalam kawasan Petaling Jaya Selatan berbentuk perkongsian kejayaan dengan menjemput Ketua Pembangunan Pendidikan Remaja Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan seorang Pegawai Pembangunan Belia Masjid yang berjaya daripada salah satu Masjid di bawah penyeliaan MUIS. Program akan diadakan pada 15 November 2009 (Ahad) jam 9.00 pagi – 5.30 petang bertempat di Dewan Utama, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya. Terbuka kepada mana-mana masjid yang berminat. Sila berhubung dengan Saudara Mohamad Azmi Che Musa 019-2880021 dan Mohd Rizal Abd Rahman 012-2696771.

 

Diakhir sesi pembentangan pengalaman kedua-dua pegawai daripada MUIS, semua peserta dapat:

 

  • Pengetahuan dan pengalaman baru bagaimana pihak bertanggungjawab Singapura berjaya menyusun strategi pendidikan remaja Islam di bawah pemerintahan sekular dengan cabaran bilangan yang minoriti.
  • Berkongsi pengalaman bagaimana masjid-masjid di Singapura, secara professional, mewujudkan kelab-kelab yang dapat menarik minat remaja-remaja bergiat memakmurkan masjid dan disamping itu melakukan dakwah untuk remaja-remaja yang lain.
  • Menjalin jaringan hubungan antara belia-belia Malaysia dan Singapore

Comments are closed.