Comments for IKRAM SUBANG JAYA

Comment on Hebahan: Lawatan “Safari’ Aulad Apr 2010 by dayana
waa……bestnyer!!>..rugi je x pegi jiluna punye program!

Comment on Hebahan: Rehlah Jiluna Banat ‘Apr 2010 by admin
PROGRAM JAULAH JILUNA BANAT APRIL 2010

Pengenalan:

Program ini merupakan program rekreasi yang akan memfokuskan kepada pembinaan diri dan potensi banat secara menyeluruh dalam suasana santai dan ceria. Secara khususnya banat akan didedahkan dengan konsep anggun menurut pandangan syarak dan bagaimana menyesuaikannya dengan aktiviti harian. Objektif:

-Memahami konsep anggun menurut pandangan islam

-Mencungkil dan mengasah bakat / kreativiti banat bagi -memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh

-Membentuk ikatan yang kukuh melalui budaya kerja berpasukan

Tempat : Hutan Lipur Kanching (Kawasan Air Terjun dan Tanah Lapang)

Tarikh : 24hb. April 2010 (Sabtu)-mulai 7.30-2.30 petang).

Bayaran : RM 10.00 seorang

Masa /tempat berkumpul : 7.30 pagi di Masjid Subang Jaya ( sama dengan program Aulad).

Semoga program ini dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam membina anak-anak generasi pewaris yang berpersonaliti tinggi serta anggun pada pandangan agama.

Masa / Aktiviti

07.30 Berkumpul di Masjid Subang Jaya

07.45 Bertolak

08.30 Taklimat dan persiapan tempat

09.00 Anggun rohani/ jiwa : Mari bertilawah Al Quran.

09.30 Anggun jasmani : Mari bermain Permainan Tradisional

10.30 Rehat/ minum pagi

11.00 Anggun intelek/emosi: (pupuk potensimu) sajak, pantun, syair, nasyid, gurindam

12.00 Anggun emosi: Serlahkan bakatmu -Persembahan sambil makan tengahhari (BBQ)

01.30 Anggun rohani/ jiwa : Solat Zuhur dan Tazkirah ( Tajuk : Remaja Anggun).

02.30 Bertolak pulang.

Comment on Sekitar Kem Batu Maloi 27-28 Mac’10 by admin
Salam,

Slot yang paling bermakna pada ana yang merangkum keseluruhan intipati program adalah ucapan2 akhir Dr. Tahir, Ust Sakijan, Hj Fariz, Ust Afi (wakil2 kumpulan) dan juga Ustaz Hajar.

Lontaran mutiara yang menggambarkan hikmah syuyukh yang hatinya kekal terpaut dengan manhaj tarbawi dan kasih mereka yang sejati dan berterusan kepada golongan syabab. Menceritakan hakikat dan menanamkan keyakinan kepada syabab bahawa da’wah kita adalah da’wah sepanjang zaman…

Dan lontaran harapan shabab yg begitu menagih agar dinaungi, diKASIHI dan terus dibimbing…

Buah hasil sesuatu tarbiyyah hanya akan datang bersama dengan keikhlasan, kebersihan jiwa, kesungguhan, keinginan yang kuat dan pengorbanan tanpa belah bagi…

Kalau ada ikhwah yg sempat merakam ucapan2 akhir tersebut mungkin boleh usaha dokumenkan dalam bentuk  trankrip untuk dijadikan pedoman, inspirasi dan rujukan bagi kami golongan muda…

Wallaua’lam, jazakumullah kepada semua, semoga Allah mengangkat darjat ketaqwaan kita, semoga Allah thabatkan hati kita di atas amal ini, semoga Allah matikan kita diatas jalanNya…

ANAS FAUZI

Comment on AQSA SYARIF Menyokong Boikot Israel by admin
Palestin Akan Tetap Kekal Selama Dunia Masih Ada

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya… Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.

Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan.

Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;

Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.

Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.

Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah:فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“ Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih.”(An-Nuur:63)

Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.

Ucapan terima kasih yang ditolak dan pengabaian hak Palestin yang menjijikkan

Sesungguhnya di antara rencana jahat dunia ke atas seseorang ialah seperti yang berlaku pada tarikh 3 Mac yang lalu. Iaitu seperti yang dilakukan Netanyahu, Perdana Menteri Zionis dengan menyatakan rasa terima kasih kepada para pemimpin Arab di atas sikap mereka yang baik?! Begitu juga Hillary Clinton yang menyatakan rasa terima kasihnya terhadap pendirian Arab yang ‘berani’. Beliau gembira setelah melihat sikap berdiam, membiarkan dan keengganan mereka daripada mengecam atau menentang keputusan penyatuan masjid Ibrahimi di Khalil dan masjid Bilal di Beitlehem kepada Israel yang jelas melakukan banyak perlanggaran terhadap hak-hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Inilah yang terjadi di Tebing Barat di bawah pengawasan dan pendengaran pihak berkuasa Palestin di Ramallah, yang diiringi usaha yang keras sebagai persiapan untuk membangun Haekal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa seperti yang dilakukan pada tarikh 15 Mac yang lalu sebagai isyarat permulaan “Agenda pembangunan Haekal”.

Al-Aqsa; Allah yang melindunginya dan tangan-tangan ini yang menjadi taruhannya

Zionis selalu bercita-cita mewujudkan identitinya setiap kali mendapat kesempatan untuk merealisasi idea pembinaan Haekal di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa.

Di sebalik penyembelihan yang berlaku di sekitar Masjid Al-Aqsa (8/10/1990 ) muncul arkeologi Zionis “Joseph Sierg” di TV Perancis dengan mengatakan: “Israel dalam waktu terdekat akan segera memulakan pembinaaan Haekal ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang mampu dilakukan dengan menggunakan teknologi moden”. Selang beberapa hari pada bulan November Yitzak Shamir Perdana Menteri Israel ketika itu, memberi reaksi ke atas tindakan penyembelihan itu beliau mengumumkan: “Inilah masanya untuk memanjangkan sempadan Israel dari laut Merah hingga ke sungai Furat “.

Pada September 1991 akhbar Hahdashout melaporkan bahawa gerakan pemimpin Gunung Haekal telah melakukan peletakkan batu asas – yang beratnya 6 tan yang dibungkus dengan bendera Israel – ke tempatnya yang terletak di atas tanah suci.

Tidak hairan … Siapakah yang paling menepati janji, ancaman dan ketentuannya dari Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman: إِنَّ اللهَ يُدَافِعُ عَنْ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ . أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ. الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلاَّ أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan Kami hanyalah Allah”. dan Sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa.”

(Al-Hajj:38-40)

Ke manakah Shamir pergi? Pergi ke neraka Jahim, memperolehi berbagai laknat, sementara para pemimpin Haekal senyap sunyi dan tidak mampu mencapai misi mereka.

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita pada akhir-akhir ini bagaimana lelaki dan wanita serta para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Benarlah firman Allah yang menggambarkan tentang mereka: الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ . فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ

“(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar.”

(Ali Imran:173-174)

Dan benarlah sabda Rasulullah saw ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian.” (Muslim)

Ketika Ariel Sharon terpilih sebagai Perdana Menteri beliau mengumumkan pendiriannya yang bertekad menghancurkan Intifadah dalam tempoh seratus hari. Namun Intifadhah masih tetap ada dan kekal bahkan bertambah kuat hari demi hari, malahan memberikan tentangan sengit kepada pasukan keselamatan Israel hingga mengembalikan keyakinan kepada keupayaan umat untuk mendapatkan haknya dan melawan musuh Yahudi perampas. Dan menegaskan kepada para pemimpin yang angkuh bahawa cita-cita besar mereka mustahil dapat dicapai. Ke manakah perginya Sharon? Sampai sekarang dirinya masih terlantar dalam keadaan koma antara hidup dan mati. Beliau tidak mengetahui keputusan Allah untuk merealisasikan janji dan ancaman Allah terhadapnya.

Arab menyediakan perlindungan untuk Zionis

Pada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan Al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram Al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.

Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! – Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya; sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan?! – Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!

- Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!

- Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!

- Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!

- Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad?!!

- Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk Al-Quds?!!

- Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!

Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota Pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang .… Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab…

Dalam menghadapi tentangan

Kita adalah umat yang agung, keasliannya terserlah semasa berada dalam penderitaan dan kesukaran. Justeru umat mestilah melakukan strategi jangka panjang yang bersumber dari pegangan umat dan identitinya. صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah”. (Al-Baqarah:138)

Bahawa kesatuan umat, kesatuan amal Islami, kesatuan kepemimpinan dan kesatuan manhaj merupakan dharurah syar’iyyah (keperluan syarak) dan penting dalam menghadapi tentangan.

Kita harus mengamalkan perintah Allah sebagaimana firman-Nya:وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambah untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Al-Anfal:60)

Sekalipun kecanggihan yang dimiliki Israel pada hakikatnya akan menemui kehancuran

Sekalipun Israel memiliki gudang senjata nuklear, meskipun Amerika mendukung sepenuhnya, meskipun Arab melakukan pakatan bersamanya, tidak akan sama sekali memberikan keamanan dan ketenangan ke atas wilayah kita yang terjajah kepada mereka, itu hanya untuk sementara waktu namun mereka akan hancur dalam waktu terdekat, bukti-buktinya sangat banyak: -

Allah telah menyampaikan berita kepada kita dalam surat Al-Isra’ bahawa zionis akan berada dalam kesombongan sebanyak dua kali .. dan pada saat ini kita sedang menghadapi kesombongan yang kedua kalinya dan untuk kali yang terakhir ini Allah akan menghancurkan mereka dan memberi mereka dengan azab yang buruk; sebagai ganjaran di atas kesombongan mereka di hadapan Allah, dan penghinaan mereka terhadap tanah haram dan tempat-tempat suci.

Allah berfirman: فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.” (Al-Isra:7)

Dan sesuai dengan sunnatullah dalam silih berganti zaman, akan terjadi kehancuran suatu bangsa disebabkan oleh kezaliman, kekejaman dan penindasan. Allah berfirman: فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُواْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:45)

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا

“Dan (penduduk) negeri telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka.” (Al-Kahfi:59)

- Bahawa Israel sentiasa menanggung kekalahan dan pengunduran tentera setelah mengalaminya secara berturut-turut, dimulai dari kekalahan dari perang 1973, pada Intifadah pertama tahun 1987, pengunduran tentera dari Lebanon Selatan, Intifadah kedua tahun 2000, dan yang terakhir kalah dalam peperangan melawan Hizbullah di Lebanon serta pengunduran yang memalukan dari Semenanjung Gaza tanpa mencapai matlamat yang diinginkan.

- Terjadinya perubahan demografi yang berpihak pada penduduk Arab atau apa yang mereka sebut “bom biologi”, yang memberikan kelebihan kadar kelahiran warga Palestina dan Zionis dengan nisbah 7: 1.

Sementara itu regim Zionis menyeru untuk mengisytiharkan nama “negara Yahudi” sebagai pelaksanaan awal pengusiran warga Arab dan menutup pintu hak pengembalian wilayah seperti tahun 1948.

- Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira bahawa –yang senantiasa memberikan harapan kepada kita- akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam.

Nabi saw bersabda:لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

“Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: “Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gorqod; Karena ia merupakan pohon Yahudi”. (Muslim)

Dari sini kami sampaikan… bahawa Israel pasti akan hancur sedangkan Masjid Al-Aqsa pasti akan tetap berdiri dan tegak selama dunia masih ada.

Allah berfirman: فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاء وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ

“Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (Ar-Ra’d:17)

Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=61633&SecID=213

Comment on Sekitar Kembara ‘Siswi’ KB 20 Mac 2010 by Admin
Laporan Jaulah Akhawat Tullab ke Kelantan pada 19 – 21 Mac, 2010.

19 Mac, 2010: Jumaat

Alhamdulillah, program jaulah kali ini telah berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi pelbagai cabaran di sepanjang proses mengumpulkan peserta memandangkan jaulah kali ini julung kali pergi ke destinasi yang jauh dan mencabar iaitu ke Kelantan atau lebih dikenali sebagai “ Serambi Mekah” ini.

Bilangan peserta yang berjumlah 29 orang dan diiringi oleh pengiring dan keluarga pengiring memeriahkan lagi suasana sepanjang permusafiran menaiki bas persiaraan ke Kota Bharu. Peserta terdiri daripada pelajar UIA PJ dan UM serta UITM juga 4 orang peserta istimewa iaitu adik-adik Jiluna kita.Kami bertolak ke KB lebih kurang jam 9.30 malam pada hari Jumaat. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hajar selaku pengiring. Kami tiba di Hotel R & R Bajet Inn, Kubang Kerian, berhampiran USM Kubang Kerian menjelang Subuh.

20 Mac, 2010: Sabtu

Program dimulakan pada pagi Sabtu tersebut. Usai sarapan pagi yang disediakan oleh akhawat Kelantan: Dr Hafsah (kak Cah), para peserta diberikan taklimat ringkas mengenai program-program dan tugasan-tugasan awal yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Antaranya adalah membuat persediaan untuk aktiviti “Debat Jaulah Kita” dan hafalan hadis yang perlu mereka lakukang di waktu senggang dalam kumpulan. Tajuk debat dan hadis-hadis yang perlu dihafal telah diberikan lebih awal.

Selesai taklimat, para peserta dibawa ke Kota Bharu untuk program Explore race, “Kenali Kelantan dan Tokoh-tokohnya”. Sebanyak 4 tokoh telah dipilih; Tok Pulai Condong, Tok Kenali, Tok Janggut dan  Tok Selehong. Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat mengenai satu tokoh untuk dibentangkan kepada peserta lain. Mereka dikehendaki bergerak di dalam kumpulan sewaktu mencari maklumat teesebut. Pembentangan mengenai tokoh dilakukan di dalam bas sewaktu perjalanan untuk ke Tumpat bagi menziarahi Ustaz Mat. Strategi, cabaran dan kreativiti peserta jelas terserlah sewaktu berkongsi pengalaman dalam mencari dan menjawab soalan yang diberikan. Antara cara yang digunakan adalah pergi ke Muzium Islam, Muzium Perang, Muzium Diraja, ke kedai buku hinggalah ke cyber café. Selesai berexplorace, peserta berpeluang untuk jalan-jalan di Pasar Siti Khadijah.

Program seterusnya adalah ziarah qudama’; Ustaz Mat di Tumpat. Ustaz Mat telah menjamu kami dengan sedikit tazkirah ringkas dan makan tengah hari. Peserta solat jama’ Zohor dan Asar di rumah Ustaz Mat sebelum bertolak ke Pengkalan Kubor. Di Pengkalan Kubor, peserta berpeluang melihat sendiri Sungai Golok dan sempadan Malaysia-Thailand di samping membeli barangan-barangan bebas cukai di sana.

Usai berjalan-jalan di Pengkalan Kubor,kami berangkat pulang sekitar jam 5.15 petang. Tiba di hotel untuk bersiap-siap untuk program seterusnya pada malam tersebut. Iaitu ziarah rumah qudama’ yang kedua iaitu rumah Cikgu Zul dan Dr Hafsah. Betapa tersentuhnya hati kami bila mendengar ucapan daripada Cikgu Zul yang begitu berbesar hati menerima tetamu dari jauh seolah-olah menyambut kedatangan muhajirin. Kami dijamu dengan makan malam dan pada malam tersebut peserta berpeluang bertaaruf dan berkongsi pengalaman aktivisme pelajar di USM Kubang Kerian bersama-sama dengan penggerak tullab Kelantan; Dr Hafsah, kak Dayang, kak Anisah dan lain-lain. Program berakhir sekitar jam 10.30 mlm dan kami bertolak pulang ke hotel dalam jam 11.00 malam.

21 Mac, 2010:Ahad

Program pertama pada hari ini bermula seawall jam 5.30 pagi apabila peserta di bawa ke Pulau Melaka untuk solat Subuh di Masjid yang terletak berdekatan dengan rumah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz. Alhamdulillah, para peserta jaulah berpeluang berjemaah diimamkan oleh Dato’ Nik Aziz sendiri dan mendengar tazkirah pendek daripada beliau selepas solat Subuh.

Program kedua pada hari tersebut adalah melawat ke Pantai Cahaya Bulan dan pertandingan “Debat Jaulah Kita” yang diadakan di tepi pantai. Peserta bertolak ke PCB seawal jam 8.15 pagi dan bersarapan di tepi pantai sebelum melontarkan hujah dalam perlawanan debat tersebut. Sebanyak dua kali pertandingan berjaya dilaksanakan dan peserta yang masuk ke peringkat akhir telah berjaya di pilih. Kami bertolak pulang sekitar jam 11.30 pagi. Pertandingan akhir debat dilakukan dalam perjalanan pulang sekitar jam 4.00 petang di dalam bas. Pemberian hadiah kepada pemenang dan pendebat terbaik telah dipilih.

Selesai penyampaian hadiah, sesi tasmik hadis di teruskan..alhamdulillah, untuk pertandingan hafal hadis, tiada pemenang dipilih kerana 16 orang daripada 29 peserta telah berjaya menghafal kesemua matan hadis yang telah dipilih (ada 5 hadis kesemuanya). Acara diteruskan dengan sesi muhasabah dan mendapatkan ‘feedback’ adik-adik mengenai jaulah kali ini.  Antara ‘feedback yang diperolehi;

Wakil UM

1.	Program yang menarik, walaupun pada awalnya agak berat untuk pergi melihat kepada assignment yang perlu dibuat.., tetapi setelah dipujuk oleh seorang ukhti ni, ana pergi juga dan Alhamdulillah keputusan yang dibuat itu tidak sia-sia kerana sepanjang jaulah ni ana seakan-akan lupa pada semua assignment-assignment ana…

2.	Perjalanan yang panjang dan lama, berapa kali pejam-celik (tidur pun tak sampai-sampai). Alhamdulillah ada program dalam bas dan hafazan hadis yang perlu dilakukan untuk mengisi masa.

Wakil UIA

3.	Seronok dan banyak pengajaran yang diperolehi. Terima kasih kepada kakak-kakak yang memberi tugas kepada group usrah kami untuk membuat buku program, memandangkan kami memang agak lapang sbb baru masuk sem..komen tentang bilangan tandas yang tidak mencukupi (3 tandas sahaja) untuk peserta..Ada yang tidak sempat mandi dek kerana ingin menepati masa..

Wakil adik-adik Jiluna

4.	Bersyukur sebab pergi walaupun pada awalnya agak memberontak untuk tidak pergi kerana tidak kenal kakak-kakak UIA dan UM serta rasa rendah diri..

5.	Jaulah yang lain daripada yang lain, debat; membina pemikiran kreatif dan kritis. Berkenaan jumlah toilet yang sedikit, pada pandangan ana tidak menjadi masalah kerana waktu beratur untuk tunggu masuk toilet adalah waktu yang ada untuk bertaaruf dengan kakak-kakak. Sewaktu beratur tunggu toiletlah ana ada peluang utk taaruf..

Wakil UITM

6.	Satu pengalaman baru berjaulah. Kagum dengan para perserta lain terutamanya adik2 dari UIA PJ dan UM. Walaupun pada hakikat nya sudah biasa dengan usrah yang dianjurkan NISA’ tapi program jaulah ini memang lain daripada yang lain. Secara keseluruhannya ok. Saya selaku wakil UITM ingin meminta maaf sekiranya ada kesilapan sepanjang permusafiran ini.

Itulah di antara komen dan feedback yang diberikan sewaktu perjalanan pulang.Wallahuallam..

Disediakan,

Norhafizah Abu Hasan

(Pengarah Program Jaulah Akhawat Tullab, 2010)

Comment on Hebahan: Kembara Da’awah Utara ‘2010 by Admin
Salam kepad ikhwah yang dikasihi sekelian ,

Alhamdulillah , Program Jaulah Tarbawwi PJ untuk tahun 1431 H baru selesai . Rombongan kami selamat sampai ke Masjid Menjalara malam tadi pada jam 8.30 malam . Di sini ana akan memmberi laporan ringkas mengenai perjalanan program tersebut .

Pada permulaannya , kami menjangkakan jumlah peserta yang setuju untuk bersama dengan program ini menjangkau kepada dekat dengan 50 orang . Akhirnya , di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kerana komitmen lain ataupun penindihan dengan program lain menyebabkan jumlah peserta yang akhirnya hadir untuk program ini adalah 33 orang dewasa dan 6 orang aulad . Program kali ini agak unik kerana kita telah menggabungkan 3 golongan iaitu Ikhwah , Jiluna dan Aulad .

Program jaulah ini bermula dengan sesi taklimat perjalanan pada jam 1230 mlm , Hari sabtu 13 Mac 2010 . Peserta Jaulah bermusafir ke Kedah dengan berkonvoi sebanyak 6 buah MPV dan 1 van . Amir perjalanan yang dilantik untuk memastikan konvoi bergerak secara teratur dan selamat ialah akh Zulkarnain Hassan .

Kami bertolak pada jam 1.00 pagi daripada Masjid Menjalara , Kepong dan memasuki Lebuhraya Utara- Selatan melalui tol Sungai Buloh .

AJK perjalanan telah mengaturkan supaya setiap kenderaan mempunyai paling kurang 2 orang pemandu untuk bergilir sebagai satu daripada aspek keselamatan yang diambil kira . Kami juga telah mengaturkan supaya konvoi berhenti rehat di RnR Tapah sebelum menyambung perjalanan ke Utara .

Konvoi tiba di destinasi pertama iaitu Masjid Seberang Jaya , Penang pada jam 5.30 pagi , Ahad . Di stu ikhwah berehat sebentar sambil menunnggu waktu solat Subh . Ada beberapa ikhwah juga yang mengambil kesempatan untuk bermunajat dan membaca Al Quran . Selesai solat Subh berjamaah di situ , konvoi meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya iaitu ke arah Tol Sg. Petani Selatan .

Di tol Sg Petani Selatan , kami akhirnya bertemu dengan wakil ikhwah Kedah iaitu akh Ustaz Rosli iaitu Masul Sg Petani . Setelah bersalaman dan berpelukan , akh Ustaz Rosli telah memimpin konvoi ke Sekolah Islah Sg Petani untuk program ziarah dan ramah mesra bersama ikhwah Sg Petani . Di sana , kami disambut mesra oleh ikhwah SP yang diketuai oleh CEO Sekolah Islah , Tuan Hj. Abdul Rahman Kassim dan ikhwah yang lain . Pada asalnya , AJK telah mengaturkan perlawanan persahabatan bolasepak bersama ikhwah SP . Mungkin kerana gerun melihat ikhwah PJ yang bersemangat , ikhwah SP meminta jasabaik kami untuk menukarkan aktiviti Riadhah bolasepak kepada perlawanan bolatampar . Sebagai tetamu , ikhwah PJ menerima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka . Sebaliknya , ikhwah PJ telah menghantar team Auladnya untuk bermain bolasepak bersama anak2 ikhwah SP yang ada bersama di sekolah .

Setelah puas bermain dan bermesra di gelanggang bolatampar , kami dijemput pula untuk menjamu selera di kantin sekolah . Sarapan pagi itu ditaja sepenuhnya oleh Tuan Rumah . Ikhwah Pj dan SP duduk bersama sambil menikmati meehoon goreng , air milo dan air oren . Rasanya lazat kerana suasana pagi itu sungguh meriah bagaikan adik beradik yang lama tak berjumpa . Sarapan pagi di akhiri dengan ucapan daripada kedua belah pihak . Sebelum menyambung perjalanan ke destinasi Kem Lata Celak , Baling, ikhwah PJ , sebagai tanda terimakasih telah mengadiahkan 7 naskah Al Quran tafsir Perakata kepada Sekolah .

Perjalanan diteruskan daripada SP ke Baling mengikuti jalan dalam . Konvoi tiba di Kem pada jam 11.45 pagi . Untuk pengetahuan , Ustaz Rosli adalah ‘owner’ kepada kem Lata Celak . Ikhwah PJ yang penat dan keletihan telah menggunakan masa ini untuk kendiri sebelum waktu makan tengahari . Golongan Aulad yang penat tiba2 celik mata dan mendapat tenaga baru apabila melihat air sungai yang indah di kawasn kem . Apalagi , jom berenang kata mereka . Aulad yang pergi berenang tidak lupa piula ditemani oleh abang2 mereka dan beberapa ikhwah lain yang hendak menyjukkan badan mereka di dalam sungai yang airnya jernih dan sejuk .

Menu makan tengahari , kami telah dijamu dengan masakan trdisional Baling iaitu gulai daging dengan umbut pisang .  Seterusnya , ikhwah menunaikan solat jamak zuhr / Asr yang telah di imami oleh jiluna kita , Iyadh Harith . Selesai solat jamaah bersama , sesi taaruf dimulakan dan juga taklimat daripada Pengarah Jaulah .

Tepat jam 2.45 ikhwah berkumpul untuk memulakan aktiviti trekking sepanjang 6km pergi balik . Kesemua ikhwah termasuk Aulad telah melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut kecuali seorang akh yang ditinggalkan untuk menjaga keselamatan kawasan .

Ditengah perjalanan trekking , ikhwah terpaksa meredah di dalam hujan dan juga bertarung dengan geng pacat yang berkeliaran disepanjang perjalanan . Disamping itu ikhwah juga terpaksa menggunakan tali yang disediakan oleh ‘guide – guide’ trekking untuk menuruni bukit yang curam . Ikhwah juga menggunakan tali kabel yang telah disediakan untuk merentasi sungai yang airnya agak deras . Di dalm suasana ini , kita dapat melihat bagaimana ikhwah kita bekerjasama untuk memastikan keselamatan ikhwah yang lain . Kita juga melihat bagaimana ikhwah membantu anak2 aulad yang ikut sama dan bagaimana anak2 ini menunjukkan semangat yang besar dalam menghabiskan aktiviti trekking ini . Tiada seorangpun daripada Aulad yang putus asa ditengah jalan . Semuanya menunjukkan jati diri yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi .

Ikhwah berhenti berehat di kawasn air terjun di tengah perjlalanan untuk menghilangkan penat lelah sebelum meneruskan perjalanan balik ke kem . Ikhwah tiba kembali pada jam 6 petang .

Selesai kendiri , ikhwah berkumpul di surau untuk solat jamaah jama qasr Maghrib / Isya yang di imami oleh akh Hanafi Sudi .  Setelah solat , ikhwah berkumpul dan membaca mathurat yang dipimpin oleh akh Nazaruddin . Pengisian pada malam itu telah disampaikan oleh Ustaz Rosli . Tajuk yang dibawa oleh beliau adalah mengenai aqidah dan iman yang jelas seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Hassan al Banna di dalam Usul yang ke-3 ( Usul 20) .

Program diteruskan dengan makan malam bersama . Menu malam itu adalah kambing panggang bersama nasi ala Arab yang telah dimasakkan oleh seorang daripada tenaga pengajar Sekolah Islah SP . Ikhwah yang penat keletihan daripada aktiviti trekking dijamu dengan juadah yang istimewa sebagai tanda meraikan kesungguhan mereka di dalam penyertaan mereka di dalm aktiviti2 yang disediakan .

Aktiviti malam setelah selesai makan malam merupakan aktiviti bebas memandangakan keaadaan ikhwah yang sudah keletihan . Kebanyakan ikhwah menggunakan masa luang untuk bertaaruf dengan lebih detail dan ada juag ikhwah yang menggunakan masa untuk tilawah Al Quran . Ramai daripda ikhwah yang tidur lebih awal daripad kebiasaan kerana kepenatan . Alhamdulillah , kebnayakn ikhwah telah bangun awal , daripad sekitar jam 3 pagi untuk mengerjakan qiam pada malam itu secara fardhii .

Tepat 6.15 pagi Ahad 14 Mac 2010 , ikhwah telah solat subh secara jamaah yang di iammi oleh akh Hanizam . Selepas selesai bacaan Mathurat , tazkirah Subh telah disamapaikan oleh akh Solehin Zakaria dengan tajuk Keperibadian Seorang Muslim . Jamaah bersurai untuk berkemas pada jam 7.15 pagi  dan bertolak keluar daripada kem pada 8.00 pagi .

Ikhwah amat bernasib baik kerana sarapan pagi telah ditaja oleh keluarga seorang akh kita , Solehin Zakaria yang rumahnya terletak tidak jauh daripada Kem Lata Celak . Ikhwah bergerak ke rumah keluarga Solehin di Kg Sadik dan diraikan oleh ibu dan bapa beliau beserta dengan adik beradiknya sekali . Ikhwah berada di sana lebih kurang selama satu ajm beramah mesra dengan keluarga Solehin . Ucapan aluan telah diberikan oleh seoarng daripada abang Solehin dan ucpan balas daripada pihak ikhwah telah diberikan oleh akh Azmi Katiman . Sebelum bersurai , ikhwah telah menghadiahkan cenderahati Al Quran Tafsir dan beberapa pasang baju Jaulah untuk bapa dan abang2 akh Solehin . Bagi ibu akh Solehin pula , Ikhwah telah menghadiahkan sepasang kain batik yang telah ditaja oleh salah seorang akh kita .

Destinasi terakhir Jaulah Kedah ini diteruskan pula ke sebuah Pondok tradisional yang terletakdi Sik , Kedah , lebih kurang 30 kim daripada Baling .  Pondok itu bernama Pusat Pengajian Islam , Pondok Bandar Hilir , Sik . Ikhwah disambut oleh mudhir Pondok sendiri yang bernama Ustaz Ismail Mahmud yang juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Sik . Ikhwah mengambil kesempatan untuk melihat kawasan pondok dan ada ikhwah juga ngambil kesempatan untuk mandi di situ . Lawatan ke Pondok membawa tujuan untuk memperkenalkan golongan muda ikhwah kepada tradisi pondok yang wujud di Malaysia dan juga untuk mengadakan hubungan silaturrahim dianatara wadah wadah Islam yang ada di Negara ini . Ustaz Ismail telah memberikan sedikit sebnayak tentang sejarah asal usul pondok dan kepentingannya di dalam masyarakat Melayu , lebih lagi di kawasan2 kampung . Beliau  menerangkan cabaran2 yang ada bagi institusi pondok . Beliau bagi pihak pondok sangat mengalu alukan kedatangan rombongna ikhwah dan mengharapkan agar ikhwah datang lagi untuk menziarahi pondok . Ikhwah mengambil kesempatan ziarah ini untuk menghadiahkan 7 naskah Al Quran tafsir dan sumbangan tunai sebanyak RM 350 kepada Pondok .

Destinasi akhir jaulah kali ini adalah majlis makan tenghari bersama di Restoran Radix Fried Chicken Sg Petani .  Ada ikhwah yang tidak ketinggalan membeli take away untuk dibawa pulang kepada isteri dan anak2 di rumah . Begitulah suasananya , bagaimana ikhwah dan anak2 Jiluna yang sentiasa mengingati keluaraga yang berada di rumah ketika menikmati juadah .

Sebelum bersurai , ikhwah berhenti untuk solat di sebuah masjid di SP dan Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Masul PJ , Ustaz Hajar Opir . Berliau menegaskan betapa pentingnya ikhwah menjaga kesihatan fizikal melalui aktiviti riadah supaya sentiasa cergas dan tidak mudah letih .

Akhir kata , bagi pihak kesemua AJK program ini , ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak banyak terimakasih dan penghargaan kepda semua penyumbang2 yang telah sudi menderma untuk membantu menjayakan program ini . Allah kareem . Ana juag ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepda semua ikhwah yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan untuk melaksanakan tanggungjawap ini .

Ana juga ingin berterimakasih dan setinggi tinggi pengharagaan kepda semua AJK yang telah bertungkus lumus dan telah memberi sokongan yang jitu dan padu .

Semoga Allah memberi balasan yang terbaik kepada antum semua .

Kepada kesemua pesrta , tahniah kerana telah berjaya melalui program tarbawii ini dengan baik sekali .

Sila maafkan kami sekiranya di dalm program terdapat kelemahan2 . Semoga kami dapat memperbaikinya di masa yang akan datang . Kami cuma mengharapkan redha Allah di dalam me;laksanakan tugas ini . Ya  Allah , saksikanlah hamba2 mu ini . Semoga dia mengiklaskan jiwa jiwa kita .

Syukran ,

Mohd Fariz Fadhlullah .

Comment on Salam Maulidur Rasul by Abu Athifah
Detik-detik Sakaratul Maut Rasulullah SAW

Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.

“Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.

Fatimah menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.

“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi.

“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.

Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.

Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya. Seperti Allah dan Rasul mencintai kita semua.

Comment on Sekitar Kem Ulu Kemensah Dis’09 (hari ke-2) by mnoor
Salam, oooo rugi tak datang, anyway looking forward next program