Archive for the ‘Aulad & Remaja’ Category
“Jom Renang” IKRAM SJ & PJ, Jul 2010
Monday, July 12th, 2010Siaran Media – Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2 Tahun 2010
Tuesday, July 6th, 2010
KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR KALI KE-2 TAHUN 2010 ANJURAN BERSAMA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM), MUSLEH BHD (PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BHD), IIUM, DAN INTERNATIONAL CENTRE FOR EDUCATIONAL EXCELLENCE BERHAD (ICEE)
Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2 Tahun 2010 bagi pelajar-pelajar sekolah menengah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), IIUM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) akan diadakan dari 8hb hingga 11hb Julai 2009 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Tujuan utama kejohanan ini ialah untuk mecungkil bakat berpidato dan berdebat merangkumi tiga bahasa iaitu (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab). Kejohanan ini juga berhasrat untuk meningkatkan tahap kemahiran khususnya bidang kepimpinan dari kalangan pelajar sekolah menengah agama dan swasta. Penganjur yakin bahawa usaha kecil ini akan menyumbang ke arah usaha membina dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan dalam membangun sebuah negara yang maju dan diberkati Allah azza wa jalla.
Hebahan: Kem Jiluna Banin Jun 2010
Friday, May 28th, 2010Insya Allah, satu lagi program ‘outdoor’ bagi anak-anak Jiluna Ikram PJ & SJ akan diadakan pada 5-6 Jun 2010 di Chalet Warisan Rimba, Kg. Kemensah Hulu Kelang, Selangor. Ia merupakan kesinambungan kepada Perkhemahan Jiluna pada 12-14 Dis 2009 lepas yang mana mukhayyam kali ini disusun khusus dalam bentuk yang lebih ringkas dan sederhana dan lebih menekankan kepada elemen mu’ayashah sesama mentor dan sesama anak-anak sepanjang program. Program kali ini diberi tumpuan khusus kepada anak-anak lelaki (banin) memandangkan masih wujud kekurangan dari segi penyertaan anak-anak banin berbanding anak-anak perempuan (banaat).
Pengisian adalah bersifat aktiviti-aktiviti santai dan permainan-permainan ringan (mandi, ‘paint ball’, bola tampar, BBQ) tanpa meninggalkan elemen-eleman asas pengisian tarbawi ruhi seperti solat berjamaah, tazkirah, tadarus al-Qur’an dan bacaan ma’thurat. Objektif asas program kali ini adalah penerusan kepada program-program yang dilaksanakan sebelum ini disamping memperkasakan keterlibatan anak-anak dalam program Jiluna secara keseluruhannya dan bertujuan mengeratkan lagi ikatan hubungan sesama anak-anak dan mentor. Moga program ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt ..
Sekitar Jiluna “Menara Gading” Mei 2010
Saturday, May 15th, 2010Hebahan: Jiluna “Melangkah ke Menara Gading”
Wednesday, May 12th, 2010Insya Allah swt satu program bagi meraikan anak-anak Jiluna lepasan SPM yang akan ke menara gading akan diadakan pada 15 Mei 2010 mulai jam 11 pagi hingga 3 petang bertempat di Panmour Villa, Seksyen 20 Shah Alam, Selangor DE. Di antara objektif program ialah bagi meraikan kejayaan Jiluna Banin & Banat yang bakal ke IPT (dalam & luar Negara) dan mewujudkan hubungan ukhuwwah serta menyatukan anak-anak lepasan SPM di SJ dan PJ. Lanjutan itu juga bagi berkongsi penerusan perjuangan da’awah & tarbiah serta memperkenalkan pengerak aktivis pelajar yang akan menyantuni anak-anak di IPT nanti.
Senarai anak-anak Jiluna yang terlibat ialah 9 banin dan 7 banat :
Ammar bin Roslan
- Mohd Amir bin Abdul Halim
- Abdul Jabbar bin Afi
- Muhammad Safwan bin Ahmad Muslim
- Sulaiman bin Shaharuddin
Naeem bin Abdul Malek
- Muhammad bin Kamaruddin
- Muaz bin Abd Muein
- Ahmad Faiz bin Mohd Noor
- Afaf bt Roslan
Tengku Suhaylah bt Tengku Shahrom
- Tengku Sumayyah bt Tengku Shahrom
- Siti Hajar bt Mohd Tahir
- Shakirah bt Abdul Malek
- Fatimah Az-Zahrah bt Kamaruddin
- Fadhilah bt Mazmi
Sekitar Lawatan Aulad Kuala Gandah, Apr’10
Friday, April 30th, 2010Hebahan: Rehlah Jiluna Banat ‘Apr 2010
Monday, April 12th, 2010Insya Allah, dimaklumkan program jiluna bagi anak-anak remaja perempuan (banat) 11-17 tahun akan mengadakan satu program berbentuk jaulah & rehlah pada 24 April 2010 (Sabtu) di Hutan Lipur Kanching (Kawasan Air Terjun dan Tanah Lapang). Tema kali ini ialah “Remaja Anggun” (Di mata siapa, bagaimana ukuran anggun ditakrifkan, dalam bentuk luaran dan dalaman). Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM10 seorang sahaja. Masa dan tempat berkumpul : 7.30 pagi di Masjid Subang. (Mentor akan membawa anak-anak jiluna ini ke Hutan Lipur Kanching dan dijangka sampai pada pukul 8.30 pagi dan aktiviti dijangka siap selepas solat zohur bersama).
Tentatitif program bermula dengan aktiviti membaca Al Quran, permainan Tradisional ( Baling tin, galah panjang, Tuju kaki, Baling kelapa), sesi mencungkil bakat (agihan kotak beracun), sajak, pantun, syair, nasyid, gurindam dan makan tengahhari (BBQ) yang diakhiri dengan solat Zuhur dan Tazkirah. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan dan meredhainya dalam setiap gerakkerja dan pemikiran yang disumbangkan. Keikhlasan dan doa akhwat hanya Allah yang membalasnya.
Hebahan: Lawatan “Safari’ Aulad Apr 2010
Tuesday, April 6th, 2010
Assalamualaikum. Pihak pengerak program Aulad SJ/PJ akan mengadakan program Lawatan Aulad pada 24 April 2010 (Sabtu) bermula pada jam 7.30 pagi – 7.30 petang bertempat di Pusat Pemuliharaan & Taman Safari, Kuala Gandah. Peserta terdiri daripada anak-anak berumur 6 – 11 tahun. Adalah dijangka seramai 46 orang (first come first serve) dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 seorang sahaja.
Sehubungan dengan itu, diharap ibubapa dapat memberikan Nama & No I/C atau Surat Beranak selewatnya pada Jumaat 16 April 2010 kepada saudari Siti Ramlah melalui 013-3690302 atau sitiramlah@yahoo. com. Ibubapa juga diharap dapat memaklumkan kepada anak-anak tentang persediaan sebelum Jaulah iaitu hafazan ayat tertentu sebagai password menaiki bas. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah s.w.t
Sekitar Kembara Da’awah Utara, Mac 2010
Tuesday, March 16th, 2010Sekitar Aulad “Rasulullah Qudwahku”
Monday, March 1st, 2010Sekitar Daurah Jiluna ‘Feb 2010
Saturday, February 27th, 2010Hebahan: Daurah JILUNA PJ/SJ ‘Feb 2010
Wednesday, February 17th, 2010Insya Allah swt, sebagaimana program AULAD 6-11th, program JILUNA 11-17th juga akan meneruskan siri pengukuhan anak-anak ikhwah dan akhawat PJ dan SJ pada bulan Feb 2010. Satu program berbentuk ‘indoor’ akan diadakan pada 27-28 Februari 2010 bermula jam 3 petang (Sabtu) hingga 7 pagi (Ahad) di Pejabat Afaq Subang Jaya. Program kali ini memfokuskan tema tsaqafah – “Aqidah Sejahtera” dan “Akhlaq Tinggi” secara activity-based. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saudara Hazim Alias 016-3859293
Tentatif program:
Petang: Aktiviti ‘Bedah Filem’ terpilih – LDK – Pembentangan – Kulasah “Akhlaq Yang Tinggi”
- Malam: Aktiviti tayangan klip video ‘Gambaran Kiamat” – LDK – Pembentangan – Kulasah “Aqidah Yang Sejahtera”
- Pagi: Qiam & Riadhah (lokasi berbeza bagi Banin & Banat)
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah atau terputus. – Syeikh Hassan al-Banna
Hebahan: Program AULAD PJ/SJ Feb‘2010
Tuesday, February 9th, 2010Insya Allah swt, siri program Aulad PJ/SJ yang berikutnya bagi tahun ini akan diadakan pada hari Ahad, 28 Februari 2010 bertempat di Surau Sekolah Intergrasi Subang Jaya. Program khusus berbentuk ‘indoor’ bagi anak-anak berusia 6-11 tahun ini akan dilaksanakan mulai jam 08.30 am – 11.00 am. Tema program kali ini ialah ‘RASULULLAH IDOLA KU‘. Diantara objektif program Aulad kali ini adalah: (1) Menanamkan dalam diri anak-anak rasa cinta dan kasih pada Rasulullah, dan (2) Menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik.
Tentatif Program:
08:30 Pendaftaran
- 08.45 Solat Dhuha, Taklimat & Tazkirah
- 09:15 Aktiviti dalam kumpulan (1)
- 10:00 Aktiviti dalam kumpulan (2)
- 10:30 Nasyid
10:45 Minum
- 11:00 Bersurai
Program-program lepas: [Kem AULAD PJ’Dis 2009] [XPDC AULAD PJ-Muar ’Apr 2009 ] [ Program AULAD 2009 ]
Pelancaran Blog Jiluna
Thursday, December 17th, 2009Tahniah Buat Asma Abdul Halim
Friday, December 11th, 2009Alhamdulillah, Jiluna PJ – adik Asma Abdul Halim pelajar SRA Ibnu Khaldun, telah diumum Pelajar Terbaik UPSRA 2009 yang mendapat keputusan 9A dengan peratus kelulusan tertinggi bagi sembilan mata pelajaran iaitu 95.7 peratus. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan bagi murid mendapat 9A, 8A dan 7A dalam semua mata pelajaran agama.
Daripada 4,792 pelajar yang menduduki peperiksaan itu pada Oktober lalu membabitkan 75 SRA Jawi, seramai 114 orang mendapat 9A atau peningkatan 2.4 peratus berbanding 90 orang tahun lalu. Mengumumkan keputusan UPSRA itu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyifatkan peningkatan calon mendapat 9A, 8A dan 7A bagi UPSRA itu adalah pencapaian baik dalam tempoh lima tahun sejak 2004.
Sumber: Berita Harian
Semoga pencapaian ini akan meningkatkan semangat anak-anak Jiluna bagi meningkatkan pencapaian masing-masing dalam semua peperiksaan yang bakal mereka hadapi, Insya Allah swt. Kesempatan ini juga, dirakamkan ucapan tahniah buat 4 Jiluna PJ yang mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah…
- Asma bt Abdul Halim
- Huzaifah b Ahmad Fauzi (WAMY)
- Mawaddah bt Badrul Azmi
- Tengku Roqayyah bt Tengku Shahrum (Dr. T)
