Archive for the ‘Masyarakat & Khidmat’ Category
Aqsa Syarif SJ – Surau An-Nur Jul 2010
Sunday, July 18th, 2010Hebahan: Malam Palestin Aqsa Syarif PJ
Thursday, July 8th, 2010
Hebahan: Wakil-wakil Aqsa Syarif Negeri & Daerah
Monday, July 5th, 2010
Jabatan Urusetia Negeri & Daerah Aqsa Syarif (JUND) (klik sini)
Aqsa Syarif (al-Aqsa as-Syarif : dlm bahasa arab) bermaksud Masjid Aqsa Yang Mulia. Memang masjid ini dimuliakan oleh Allah, Rasulullah dan ummat Islam. Ummat Islam seluruh dunia perlu membantu mempertahankan kesuciannya dari diceroboh tangan-tangan yang kotor seperti Yahudi Zionis. Aqsa Syarif adalah institusi/pertubuhan kebajikan bermotif tidak berasaskan keuntungan. Ditubuh semata-mata untuk menjalankan aktiviti sosial dan pendidikan khusus membantu perjuangan Palestin dari segi kewangan dan kepakaran yang dimiliki oleh sesiapa jua dikalangan rakyat Malaysia. Aqsa Syarif membentuk Jabatan Urusetia Negeri dan Daerah iaitu singkatannya JUND. Semoga Hidup berkat melalui sumbangan kita terhadap mereka yang memerlukan khususnya dikalangan rakyat Palestin.
Blog Aqsa Syarif lain-lain:
Aqsa Syarif SJ, Masjid Al-Husna Puchong
Monday, July 5th, 2010Aqsa Syarif SJ, Kg Melayu Subang Jul 2010
Friday, July 2nd, 2010Hebahan: Karnival “Jom ke Masjid”
Thursday, July 1st, 2010Masjid Nurul Ehsan Taman Medan akan mengadakan Karnival “Jom ke Masjid” selama tiga hari (2-4 Julai 2010) bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Bermacam-macam aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuk gerai-gerai jualan. Aqsa Syarif Petaling Jaya tidak ketinggalan membuka gerai jualan sepanjang 3 hari program karnival tersebut..kepada semua ahli IKRAM PJ dan SJ yang ada kelapangan, boleh sama-sama bantu untuk gerai jualan dan promosi Aqsa Syarif sepanjang karnival tersebut…
Majlis perasmian akan dibuat pada esok malam (Jumaat) pukul 9.00 malam yang akan disempurnakan oleh Dato Dr Hasan Ali…dan forum perdana akan diadakan pada malam kemuncak yg akan disampaikan oleh Ust Roslan Mohamed (UM) dan Ust Ismail Kamus…
Kenyataan Media IKRAM – Isu Mansuh UPSR & PMR
Thursday, July 1st, 2010
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431
IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH.
IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa di seluruh negara.
Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.
MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).
IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.
IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kenyataan Media IKRAM – Isu Wahabi
Thursday, July 1st, 2010
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431
PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.
IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.
Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran. Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya. IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.
Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Malam Palestine, Masjid Al-Husna Subang Bistari Jun 2010
Tuesday, June 29th, 2010Hebahan: Malam Palestine, Subang Bestari
Wednesday, June 23rd, 2010Pelancaran IKRAM, MIECC 20 Jun 2010
Sunday, June 20th, 2010Aqsa Syarif SJ – Masjid Al-Falah USJ9, Mei 2010
Sunday, May 30th, 2010Hebahan: Aqsa Syarif SJ, USJ1 Mei 2010
Saturday, May 22nd, 2010“Mission To Gaza”
Thursday, May 20th, 2010KUALA LUMPUR – Seramai lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 pagi Rabu bagi menyertai misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Di Istanbul, mereka akan menyertai konvoi Yayasan Kemanusiaan dan Hak Asasi (IHH) Turki serta menyiapkan barang-barang yang akan diangkut melalui jalan laut ke Gaza.


Pada 24 Mei, kesemua kapal yang menyertai misi ini (dianggarkan 10 buah) akan berkumpul di Antalya, sebuah bandar pelabuhan di selatan Turki sebelum dijadualkan bertolak ke Gaza keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Perjalanan dijangka mengambil masa 15 jam kecuali berlaku kelewatan disebabkan halangan atau perkara-perkara lain yang tidak diduga.
Anggota rombongan dari Malaysia ini merupakan wakil-wakil gabungan NGO yang terdiri daripada Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi (Haluan), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Selain itu, rundingan sedang dilakukan dengan Bernama TV bagi membolehkan seorang petugasnya menyertai misi ini sebagai wakil media. [Baca sepenuhnya]
Aqsa Syarif SJ… Mula Gerak Langkah
Thursday, May 20th, 2010Alhamdulillah, penggerak AQSA Subang Jaya telah membuka langkah dalam misi ‘Memperkasakan Ummah, Membebaskan Aqsa’. Bersempena ‘Hari Kantin’ Sek Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, AQSA SJ telah membuka gerai yang berjaya menjadi perhatian orang ramai.
Seawal 9.00 pagi, penggerak AQSA SJ turun menyantuni masyarkat sekolah memberi pendedahan akan isu Palestin. Antara aktiviti yang dilakukan ialah promosi AQSA SYARIF dan jualan. Antara yang menarik ialah , gerai AQSA SJ juga dibantu oleh beberapa ibu bapa murid yang telah menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan AQSA dan secara keseluruhan, sambutan dan pertanyaan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Semoga usaha yang dilakukan menjadi penyumbang ke arah pembebasan AQSA.




