Archive for the ‘Belia & Siswazah’ Category

Hebahan2: KONSIS Zon Tengah Jul 2010

Friday, July 23rd, 2010

Hebahan: Journey of a Muslim (JOM!) MSM

Monday, July 19th, 2010

Dalam memenuhi aspirasi rakyat dan negara, Majlis Syura Muslimun dengan ini, berhasrat melaksanakan suatu program untuk para pelajar yang terpilih ini dengan projek yang diberikan nama Journey of a Muslim (JOM!) pada 26-28 Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang, Selangor. Program ini dianjurkan khas kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pelajaran mereka di luar negara di United Kingdom dan Ireland sebagai pelajar tahun pertama sesi September/Oktober 2010. Bilangan Peserta : 200 Orang;  Fasilitator : 50 Orang

Dalam merangka program JOM!, MSM meletakkan beberapa objektif sebagai tunjang dalam menjayakan program ini, seperti :

  • Medan amal kebajikan dan mencari redha Allah
  • Menyediakan informasi penting sebelum berlepas ke luar negara
  • Medan berkenalan dengan pelajar senior dari luar Negara
  • Persediaan mental bagi para pelajar ke luar Negara
  • Memantapkan skil pengurusan para pelajar

Program ini menetapkan persiapan persediaan dari sudut mental sebagai salah satu matlamat utama pelaksanaannya, dan ditujukan khusus buat para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini kerana kami berpendapat bahawa dalam menghadapi cara hidup serta budaya yang berbeza, persiapan yang mantap amatlah diperlukan. Adalah menjadi harapan kami bahawa cadangan untuk melaksanakan program ini dapat direalisasikan. Ia bukan sahaja membantu menyiapkan para pelajar yang bakal melanjutkan ke luar negara, malah ia menjadi salah satu medan untuk melatih tenaga-tenaga muda dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Kami yakin nilai kos dan tenaga yang bakal digunakan dalam pelaksanaan program ini, amatlah kecil nilainya jikalau dibandingkan dengan manfaatnya kepada peserta dan penganjur.

(more…)

Hebahan: Konvensyen Siswa IKRAM Zon Tengah 2010

Thursday, July 15th, 2010

Insya Allah swt, satu perhimpunan tahunan anjuran Pemuda IKRAM Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu Konvensyen Siswa IKRAM Zon Tengah 2010 akan diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2010 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Selangor Darul Ehsan. Program kali ini yang bertemakan Kenyataan Hari Ini Adalah Mimpi Semalam” akan dihadiri peserta yang telah mengikuti Modul 02  yang pernah hadir Konsis Nasional 2009 dan penggerak dakwah kampus.  Antara matlamat utama perhimpunan ini adalah:

  • Merealisasikan resolusi Konsis Nasional 2009
  • Mempertemukan penggerak-penggerak zon tengah
  • Mengukuhkan taaruf & ukhuwwah
  • Membuka ruang perbincangan & perkongsian pengalaman
  • Meningkatkan kejelasan  dasar & asas dakwah
  • Melatih keupayaan pengurusan & kemahiran
  • Meningkatkan penghayatan usaha takwin
  • Membentuk kefahaman pengorbanan amal dakwah kampus

“Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa saja yang di kehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”

(Ar-Ruum: 30)

“Jom Renang” IKRAM SJ & PJ, Jul 2010

Monday, July 12th, 2010

Hebahan: “Siswi OutDooR CamP” Jul 2010

Tuesday, June 29th, 2010

Satu program berbentuk ‘outdoor’ bagi para siswi yang mengikuti liqa’ tarbawiyy di sekitar daerah Subang Jaya dan Petaling Jaya akan diadakan pada  31 Julai – 1 Ogos 2010 di Batang Kali. Program kali ini bertemakan “Mantap Tarbiyyah, Gerakkan Dakwah” adalah anjuran Pemuda IKRAM PJ/SJ. Antara objektif utama program ini adalah:

  • Mewujudkan Ukhuwwah Islamiyyah berterusan sesama pelajar
  • Menyuburkan kepedulian terhadap isu-isu masyarakat.
  • Mendedahkan  penglibatan aktivitisme Dakwah Bil Hal.

Tentatif Program:

  • Sabtu, 31 Julai 2010: Flying Fox; Kajian kes & bengkel; riadhah & tazkeerah senja; ceramah “Tarbiyyah Digalas, Dakwah Direntas”
  • Ahad, 1 Ogos 2010: Qiamullail, Lawatan Kg Orang Asli & Jungle Survival

Yuran Dan Sumbangan yang dikenakan ialah RM 20 (Pelajar) sahaja. Sebarang sumbangan dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan, persatuan, syarikat atau individu-individu adalah amat dialu-alukan. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan pihak penganjur mengharapkan kerjasama serta sumbangan dalam bentuk material dan tenaga dalam menjayakan program ini. Paling utama, diharap program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Taala seiring dengan pencapaian objektif yang telah digariskan bagi program ini secara keseluruhan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Program saudari Siti Khadijah bt Abd Wahid.

Rehlah PD Taylor Mei 2010

Tuesday, June 1st, 2010

Hebahan: DP IPT, DASH & BFG 3-4 Apr’10

Friday, April 2nd, 2010

Insya Allah swt, dimaklumkan bahawa program Daurah Penggerak IPT  yang seterusnya akan diadakan pada  3 April 2010 (Sabtu)  pada jam 2.30 – 6.30 petang bertempat di Pejabat  Afaq Subang Jaya. Peserta hanya terdiri daripada kalangan siswa-siswi penggerak di IPT sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya sahaja. Program kali ini akan diisi dengan dua slot pengisian tsaqafah – “Wajibat” dan ‘I’dad Murabbi’ dan sesi perbincangan Syura Kampus (SKPJ).

Manakala sesi program Daurah Siswa Harapan (DASH) Apr’2010 anjuran KONSIS PJ akan diteruskan pada 3-4 April 2010 (Sabtu & Ahad) bertempat di Pejabat Afaq Subang Jaya. Program akan bermula pada jam 9 malam (Sabtu) dan berakhir pada jam 4 petang (Ahad). Dua slot pengisian tsaqafah – “Ciri-Ciri Taqwa” dan “Usul 20 (1-5)” dan satu slot motivasi diri “Be.. Is the New A” akan disampaikan sepanjang program ini. Pada sebelah malam hari Sabtu hanya melibatkan peserta siswa yang akan bertilawah/qiam dan beriadhah pada pagi Ahad berikutnya. Manakala peserta siswi akan mula berprogram mulai pagi Ahad berkenaan. Matlamat program ini adalah bagi tujuan mengumpul dan berta’aruf dengan adik-adik baru ke dalam sistem tarbiyyah Konsis Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Daurah BFG ‘Apr 2010 yang akan berlangsung pada  Sabtu 3 April 2010 mulai jam 8 malam dan berakhir pada Ahad 4 April 2010 jam 4 petang bertempat di KONSIS, Aras bawah TTS, Serdang. Program kali ini akan melibatkan 33 peserta bekas pelajar Jepun/ France/ Eire UK. Mas’ul Program: Mohd. Khushairy bin Mohd. Mahktar (017-3586576). Diantara slot penting program ini ialah: Sejarah Dakwah di Malaysia, Realiti Amal Dakwah di Malaysia, Tarbiah di Mana Mana dan Selamat Pulang Pejuang.

Sekitar Kembara ‘Siswi’ KB 20 Mac 2010

Tuesday, March 23rd, 2010

Sekitar Kembara Da’awah Utara, Mac 2010

Tuesday, March 16th, 2010

Jaulah Utara 13-14 Mac 2010

Tuesday, March 16th, 2010

Hebahan: Kembara Siswi ke Kelantan

Friday, March 5th, 2010

Insya Allah, pada 19-21 Mac 2010 (Jumaat-Ahad) satu program berbentuk jaulah tarbawiyy yang melibatkan kalangan siswi dari beberapa IPT sekitar Petaling Jaya & Subang Jaya akan diadakan. Destinisi kali ini adalah ke Negeri Kelantan Darul  Naim. Di antara objektif program ini adalah:

  • 1- Mengeratkan ukhuwah sesama pelajar berlainan universiti.
  • 2- Mempelajari adab-adab bermusafir.
  • 3- Menghafal hadis 40.
  • 4- Mengenali dakwah dan amal tulabi di kawasan lain.
  • 5- Mengasah bakat berpidato secara spontan.
  • 6- Mengenali sejarah tokoh perjuangan di Kelantan (cth- Tok Kenali)

Kembara ini melibatkan sesi ziarah qudama’, lawatan tempat bersejarah, ‘shopping’ di Pasar Siti Khadijah/Pengkalan Kubu, program di USM Kubang Kerian dan beberapa tempat menarik lain. Sepanjang perjalanan, peserta akan diisi dengan pelbagai slot & aktiviti tsaqafah, sesi debat, pertandingan menghafal Hadith dan sebagainya. Semoga perjalanan mereka dimudahkan Allah dan mendapat keberkatanNya. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saudari Wan Yusnee/ Fara Ahmad

Hebahan: Kembara Da’awah Utara ‘2010

Sunday, February 28th, 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini program kembara da’awah anjuran Afaq Consulting sekali lagi akan dilaksanakan pada 13-14 Mac 2010 (Sabtu-Ahad) ke Sg Petani dan Baling, Kedah Darul Aman. Peserta yang akan berjaulah secara  berkereta ini melibatkan para belia yang sedang/akan mengikuti liqa’ tarbawiyy di Petaling Jaya dan Subang Jaya. Program kali ini secara umumnya akan melibatkan aktiviti berupa ziarah qudama’, lawatan, ber’treking’ ke air terjun, pengisian tsaqafah & tazkirah,  berkhidmat masyarakat dan sebagainya.

Secara tentatifnya, kembara ini akan bermula di Masjid Bandar Menjalara pada tengah malam 12 Mac 2010, berhenti bersolat Subuh di Masjid Seberang Jaya sebelum ke Sekolah Islah Sg Petani  pada paginya dan seterusnya bermalam di Kem Lata Celak Baling dan ke  Pondok Bandar Hilir pada kesesokan harinya. Sepanjang perjalanan  diisi pelbagai aktiviti dan slot menarik. Mudah-mudahan Allah swt akan memudahkan perjalanan, keselamatan dan keberkatanNya. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saudara Fariz Fadhullah dan Azmi Katiman.

Program-program lepas:

Wahai orang yang beriman, yang beramal, yang berjuang dan yang ikhlas, marilah bersama kami kerana inilah jalan yang sebenar dan jalan yang lurus. Janganlah kamu biarkan tenaga dan usaha kamu berselerakan.  “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Al-An‘am: 153)

Sekitar Jaulah Siswa Brunei

Tuesday, January 26th, 2010

Daurah Siswa Harapan – DASH’2010

Monday, January 25th, 2010

Assalamu`alaikum warahmatullah,

KONSIS-PJ akan menganjurkan DASH – Daurah Siswa Harapan 2010 yang merupakan siri daurah-daurah tarbawiyy berkala khusus untuk pelajar-pelajar IPT di Petaling Jaya dan Subang Jaya. DASH pertama Insha Allah akan diadakan pada 30-31 Januari 2010 (Sabtu & Ahad).

Aturcara
30 Jan (Sabtu) – Ikhwah Sahaja
1930 Salat Maghrib
1945 Dinner
2030 Salat Isya’
2045 Penyampaian 1: Tazkiyyah al-Nafs
2245 Game
2315 Tilawah al-Qur’an
2400 Tidur

31 Jan (Ahad) – Akhawat join pada 0930 hrs
0430 Qiyam
0545 Subuh, Al-Ma’thurat
0615 Tazkirah
0800 Riadah (Physiological Test)
0845 Breakfast
0930 Penyampaian 2: Pesanan Kepada Pelajar Al-Banna
1230 Lunch, Salat Zuhur
1400 Penyampaian 3: Reach For The Stars (Study Skills)
1600 Tamat

Jadi, luangkan masa anda untuk Allah! Dan ajak yang lain! Untuk maklumat lanjut, sila berhubung saudara Akram 012 3732707

Pre-Departure & KIBAR 2010

Monday, January 4th, 2010

Assalamu’alaikum wbt

Sukacitanya pihak kami ingin menjemput pihak tuan/puan/saudara/ i ke program persediaan berlepas ke Australia & New Zealand sepeti berikut:

Pre-Departure Program

Tarikh: 15-16 Jan 2010

Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong, Jalan TPP 1/3, Taman Perindustrian Puchong, Batu 12, 47100 Puchong, Selangor

Sasaran: Bakal Pelajar Malaysia ke Australia & New Zealand

Menarik di dalam: Taklimat ke luar negara, maklumat tempat tinggal di luar negara, berjumpa senior, dalami kefahaman Islam, Fiqh Luar Negara,  jalinan Ukhwah,  tayangan movie kehidupan pelajar di Australia & NZ dan banyak lagi.  Pendaftaran/ pertanyaan: Haq 019-7617895

Kursus Intensif Bahasa Arab – KIBAR 2010

Tarikh: 15 – 22 Jan 2010

Menarik di dalam: Dalami kefahaman Islami, Fiqh Luar Negara, Bahasa Arab & Al-Quran, Ukhwah, Riadah dan Latihan Amali Dakwah dan banyak lagi.

Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong Jalan TPP 1/3, Taman Perindustrian Puchong, Batu 12, 47100 Puchong, Selangor

Pendaftaran/ pertanyaan: Imran (Bro) 019-2533893,  Azi (Sis) 019-3724864

Penganjur:  World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia (lihat website: wamy.my). Moga program ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada bakal pelajar yang akan meneruskan pengajian dan membentuk jati diri sebagai Muslim di luar negara.