Archive for the ‘Umum & Hebah’ Category

Hebahan2: KONSIS Zon Tengah Jul 2010

Friday, July 23rd, 2010

Hebahan 2: JOM! MSM Jul 2010

Wednesday, July 21st, 2010

Hebahan: Blog IKRAM Selangor

Monday, July 19th, 2010

Hebahan: Journey of a Muslim (JOM!) MSM

Monday, July 19th, 2010

Dalam memenuhi aspirasi rakyat dan negara, Majlis Syura Muslimun dengan ini, berhasrat melaksanakan suatu program untuk para pelajar yang terpilih ini dengan projek yang diberikan nama Journey of a Muslim (JOM!) pada 26-28 Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang, Selangor. Program ini dianjurkan khas kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pelajaran mereka di luar negara di United Kingdom dan Ireland sebagai pelajar tahun pertama sesi September/Oktober 2010. Bilangan Peserta : 200 Orang;  Fasilitator : 50 Orang

Dalam merangka program JOM!, MSM meletakkan beberapa objektif sebagai tunjang dalam menjayakan program ini, seperti :

  • Medan amal kebajikan dan mencari redha Allah
  • Menyediakan informasi penting sebelum berlepas ke luar negara
  • Medan berkenalan dengan pelajar senior dari luar Negara
  • Persediaan mental bagi para pelajar ke luar Negara
  • Memantapkan skil pengurusan para pelajar

Program ini menetapkan persiapan persediaan dari sudut mental sebagai salah satu matlamat utama pelaksanaannya, dan ditujukan khusus buat para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini kerana kami berpendapat bahawa dalam menghadapi cara hidup serta budaya yang berbeza, persiapan yang mantap amatlah diperlukan. Adalah menjadi harapan kami bahawa cadangan untuk melaksanakan program ini dapat direalisasikan. Ia bukan sahaja membantu menyiapkan para pelajar yang bakal melanjutkan ke luar negara, malah ia menjadi salah satu medan untuk melatih tenaga-tenaga muda dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Kami yakin nilai kos dan tenaga yang bakal digunakan dalam pelaksanaan program ini, amatlah kecil nilainya jikalau dibandingkan dengan manfaatnya kepada peserta dan penganjur.

(more…)

Hebahan: Konvensyen Siswa IKRAM Zon Tengah 2010

Thursday, July 15th, 2010

Insya Allah swt, satu perhimpunan tahunan anjuran Pemuda IKRAM Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu Konvensyen Siswa IKRAM Zon Tengah 2010 akan diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2010 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Selangor Darul Ehsan. Program kali ini yang bertemakan Kenyataan Hari Ini Adalah Mimpi Semalam” akan dihadiri peserta yang telah mengikuti Modul 02  yang pernah hadir Konsis Nasional 2009 dan penggerak dakwah kampus.  Antara matlamat utama perhimpunan ini adalah:

  • Merealisasikan resolusi Konsis Nasional 2009
  • Mempertemukan penggerak-penggerak zon tengah
  • Mengukuhkan taaruf & ukhuwwah
  • Membuka ruang perbincangan & perkongsian pengalaman
  • Meningkatkan kejelasan  dasar & asas dakwah
  • Melatih keupayaan pengurusan & kemahiran
  • Meningkatkan penghayatan usaha takwin
  • Membentuk kefahaman pengorbanan amal dakwah kampus

“Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa saja yang di kehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”

(Ar-Ruum: 30)

Hebahan: Malam Palestin Aqsa Syarif PJ

Thursday, July 8th, 2010

Siaran Media – Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2 Tahun 2010

Tuesday, July 6th, 2010

KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR KALI KE-2 TAHUN 2010  ANJURAN BERSAMA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM), MUSLEH BHD (PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BHD), IIUM, DAN INTERNATIONAL CENTRE  FOR EDUCATIONAL EXCELLENCE  BERHAD (ICEE)

Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2 Tahun 2010 bagi pelajar-pelajar sekolah menengah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), IIUM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) akan diadakan dari 8hb hingga 11hb Julai 2009 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Tujuan utama kejohanan ini ialah untuk mecungkil bakat berpidato dan berdebat merangkumi tiga bahasa iaitu (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab).  Kejohanan ini juga berhasrat untuk meningkatkan tahap kemahiran khususnya bidang kepimpinan dari kalangan pelajar sekolah menengah agama dan swasta. Penganjur yakin bahawa usaha kecil ini akan menyumbang ke arah usaha membina dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan dalam membangun sebuah negara yang maju dan diberkati Allah azza wa jalla.

(more…)

Hebahan: Wakil-wakil Aqsa Syarif Negeri & Daerah

Monday, July 5th, 2010

Jabatan Urusetia Negeri & Daerah Aqsa Syarif (JUND) (klik sini)

Aqsa Syarif (al-Aqsa as-Syarif : dlm bahasa arab) bermaksud Masjid Aqsa Yang Mulia. Memang masjid ini dimuliakan oleh Allah, Rasulullah dan ummat Islam. Ummat Islam seluruh dunia perlu membantu mempertahankan kesuciannya dari diceroboh tangan-tangan yang kotor seperti Yahudi Zionis. Aqsa Syarif adalah institusi/pertubuhan kebajikan bermotif tidak berasaskan keuntungan. Ditubuh semata-mata untuk menjalankan aktiviti sosial dan pendidikan khusus membantu perjuangan Palestin dari segi kewangan dan kepakaran yang dimiliki oleh sesiapa jua dikalangan rakyat Malaysia. Aqsa Syarif membentuk Jabatan Urusetia Negeri dan Daerah iaitu singkatannya JUND. Semoga Hidup berkat melalui sumbangan kita terhadap mereka yang memerlukan khususnya dikalangan rakyat Palestin.

Blog Aqsa Syarif lain-lain:

Hebahan: Karnival “Jom ke Masjid”

Thursday, July 1st, 2010

Masjid Nurul Ehsan Taman Medan akan mengadakan Karnival “Jom ke Masjid” selama tiga hari (2-4 Julai 2010) bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Bermacam-macam aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuk gerai-gerai jualan. Aqsa Syarif Petaling Jaya tidak ketinggalan membuka gerai jualan sepanjang 3 hari program karnival tersebut..kepada semua ahli IKRAM PJ dan SJ yang ada kelapangan, boleh sama-sama bantu untuk gerai jualan dan promosi Aqsa Syarif sepanjang karnival tersebut…

 

Majlis perasmian akan dibuat pada esok malam (Jumaat) pukul 9.00 malam yang akan disempurnakan oleh Dato Dr Hasan Ali…dan forum perdana akan diadakan pada malam kemuncak yg akan disampaikan oleh Ust Roslan Mohamed (UM) dan Ust Ismail Kamus…

Kenyataan Media IKRAM – Isu Mansuh UPSR & PMR

Thursday, July 1st, 2010

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM  PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH.

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

(more…)

Kenyataan Media IKRAM – Isu Wahabi

Thursday, July 1st, 2010

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH  BUKAN DENGAN MELABEL

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.

IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar. 

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.

 Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 

 Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Bebaskan … Al-Aqsa As Syarif

Saturday, June 26th, 2010

Kefahaman Masjid Al-Aqsa Yang Betul

Saturday, June 26th, 2010

Oleh: Syeikh Raid Shalah (Ketua Harakah Islam di wilayah Palestina 48)

dakwatuna.com – Saya menemukan ketidakfahaman dan ketidaktahuan pada sebahagian (besar) umat Islam tentang apa yang dimaksud dengan Masjid Al Aqsa Al Mubarak? berapa luasnya? dan bangunan apa saja yang ada di dalamnya? Ketidaktahuan Umat tentang hal ini mestilah satu fenomena yang menyedihkan. Dari banyak perjalanan yang saya lalui, samada selama menunaikan ibadah Haji, atau keikutsertaan saya dalam konferensi-konferensi Islam, dan interaksi dengan berbagai elemen Umat baik di musim Haji maupun Umrah, saya punya kesimpulan bahawa kaum Muslimin masih memiliki pemahaman yang salah tentang Masjid Al Aqsa. Sebahagian mereka menyangka bahawa Qubah As Shokhrah (Dome of The Rock atau masjid berkubah kuning emas) adalah al Aqsa. Sebahagian lagi mengira, bahawa Mushalla Al Marwani adalah bangunan tersendiri, bukan merupakan bahagian dan tidak ada kaitanya sama sekali dengan al Aqsa al Mubarak. Sebahagian lagi bahkan kebingungan ketika mendengar istilah “al Aqsa al Mubarak” dan istilah “al Aqsa Al Qadim” (al Aqsa kuno).

Kerananya saya fikir adalah sesuatu yang mendesak untuk mengangkat dan menjelaskan permasalahan ini. Kerana adalah tidak wajar jika seorang muslim atau seorang arab tidak mengetahui yang mana AL Aqsa, kerana ketidak tahuan terhadap hakikat Masjid Al Aqsa yang sesungguhnya adalah awal yang memilukan bagi hilangnya al Aqsa al Mubarak. Sebaliknya, mengetahui dan memahami dengan baik (hakikat Masjid al Aqsa) merupakan prasyarat mutlak demi terwujudnya kesucian, kemuliaan dan kemerdekaan al Aqsa Al Mubarak, meski orang-orang kafir pasti tidak menyukainya. Kerana itu, saya bertanya kepada diri saya sediri dan kepada Kaum Muslimin, “Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan al Aqsa Al Mubarak itu?” [Baca sepenuhnya..]

Hebahan: Malam Palestine, Subang Bestari

Wednesday, June 23rd, 2010

Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi

Monday, June 21st, 2010

Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM

Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian. Di peringkat global, dunia masih lagi berada dalam genggaman kuasa-kuasa besar, bekas-bekas penjajah, masih lagi diancam penjajahan bentuk baru, peperangan, perhambaan, penindasan, pemerasan, perkauman yang sempit, kemiskinan, kelaparan, kejahilan dan pelbagai bentuk kezaliman.

Majoriti penduduk dunia – sebahagian besarnya terdiri daripada umat Islam yang mencecah angka 1.6 bilion – masih lagi tidak dapat keluar dari berbagai-bagai penderitaan kehidupan yang membelenggu mereka sejak sekian lama. Perjalanan dunia masih lagi dipenuhi kemelut, bencana dan krisis yang silih berganti. Dunia masih lagi dikuasai orde lama dan baru yang tidak mampu sama sekali menegakkan keadilan untuk manusia sejagat. Firman Allah s.w.t: “Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Al-Rum (Rom) 30:41

Peristiwa kejatuhan khilafah Othmaniah pada tahun 1924 merupakan satu tragedi pahit dalam sejarah ummah. Kita kehilangan payung yang selama ini memayungi ummah di seluruh dunia. Selepas kejatuhannya, ummah berhadapan dengan penjajahan dan penindasan yang berleluasa, alam Islam dipecah-pecahkan menjadi berbagai-bagai negara yang lemah, berbeza sistem, pemimpinnya terdiri daripada golongan yang memuja barat atau yang tidak punya kelayakan, umat dilumpuhkan dan hak-hak mereka dinafikan. Palestin bertukar tangan. Israel didirikan di tengah-tengah alam Islam. Kewujudannya ibarat duri dalam daging, sebagai pangkalan perang musuh, betul-betul di jantung alam Islam yang telah memisahkan ummah di benua Afrika daripada saudara-saudaranya di benua Asia. [Baca sepenuhnya]