
Perhimpunan Perdana Palestin
February 4th, 2010Ukhuwwah Syiar Da’awah Kita Siri 5
February 4th, 2010Perasaan dan Kasih Sayang
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
Sebagaimana masyarakat Islam memiliki ciri khas dalam fikrah (pemikiran) dan pemahamannya, maka mereka juga memiliki ciri khas dalam masalah perasaan dan kasih sayang. Ada masyarakat yang senantiasa diliputi oleh perasaan dengki atau sentimen kesukuan, ada lagi masyarakat yang diliputi oleh fanatisme kebangsaan dan ada juga masyarakat yang diliputi oleh rasa cinta tanah air yang membabi buta. Kita juga menjumpai masyarakat itu berbeza-beza dalam mernberikan sikap mendukung atau memusuhi, mencintai atau membenci, dan perasaan marah atau redha (senang). Adapun masyarakat lslam, mereka telah memberikan wala’ (loyalitas) sepenuhnya kepada lslam dan kaum Muslimin. Sebagaimana mereka telah memberikan permusuhannya kepada musuh-musuh lslam dan orang-orang yang memeranginya. Ini semua semata-mata tegak di atas prinsip berwala’ kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerana barangsiapa mengambil Allah sebagai walinya, bererti dia telah menjadikan musuh Allah sebagai musuhnya.
Muslim memiliki keistimewaan dalam hidupnya, yaitu selalu diliputi oleh persaudaraan yang kuat dan perasaan cinta yang dalam di antara sesama mereka seluruhnya. Meskipun tempat tinggal mereka berjauhan, tanah air mereka bertaburan, jenis dan warna kulit mereka bermacam-macam, serta posisi dan status sosial mereka berbeza-beza.Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kemuliaan kepada ummat lslam dengan nikmat persaudaraan, sebagaimana Allah telah memberi karunia kepada mereka berupa keimanan, Allah SWT berfirman: “Dia-lah (Allah) yang memperkuatmu (Muhammad) dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Jikalau kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al Anfal: 62-63)
Sesungguhnya tidak ada peluang dalam masyarakat Islam yang benar bagi tumbuhnya perasaan benci dan pertarungan antara kelas/tingkatan, tidak pula perasaan sombong dan sentimen antara jenis dan warna, tidak pula perasaan fanatisme terhadap asal daerah dan bumi mana pun dari bumi Islam, atau kaum yang mana pun dari kaum Muslimin, meskipun itu keluarga dan kerabataya, kerana tanah air seorang Muslim adalah Darul Islam dan keluarga seorang Muslim adalah keluarga Islam.
Amanat Terakhir Pemimpin Umum IM ke 7
January 28th, 2010Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kemuliaan khusus kepada hamba-hamba- Nya yang beriman dengan kesatuan dalam agama dan menganugerahkan mereka untuk memikul amanah risalah reformasi dan pengislahan ke seluruh penjuru dunia serta memberikan janji berupa taufiq dan kemenangan di dunia dan pahala yang berganda di akhirat kelak.
Solawat dan salam serta keberkatan kepada pemimpin para nabi, contoh tauladan bagi para pendakwah dan mujahidin, beserta keluarga dan para sahabatnya serta para pengikutnya yang mengikuti petunjuk dan kebaikan serta orang-orang yang berjalan meneladani mereka hingga hari kiamat. Amma ba’du…
Inilah risalah terakhir saya, semoga dalam setiap patah perkataan terkandung makna yang berharga kerana ini merupakan risalah yang saya tulis dalam kedudukan terakhir saya sebagai “qiyadah” (pemimpin) dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan dalam rangka memenuhi prinsip dan komitmen yang telah saya umumkan sejak Jamaah Ikhwanul Muslimin memberikan kehormatan, amanah dan tanggung jawab ini kepada saya sebagai orang pertama dalam jamaah dakwah yang sentiasa dinaungi Allah berupa kemenangan dan agar diketahui oleh mereka yang jauh dan dekat bahwa Ikhwanul Muslimin tidak terjejas dan tidak berubah serta mereka tidak berkata kecuali dengan apa yang mereka lakukan.
Keperluan Dunia Pada Dakwah Ikhwanul Muslimin - Manhaj Perubahan Menurut Ikhwanul Muslimin - Dakwah Ikhwanul Muslimin Adalah Dakwah Bagi Menyelamatkan Umat Tercinta - Masa Depan Yang Cerah Bagi Dakwah Yang Dipikul Oleh Ikhwanul Muslimin - Wahai Ikhwan Marilah Bekerja Kuat - Menuju Kesatuan Dan Kekuatan Islam, Nasionalisma Dan Patriotisma Bangsa - Ucapan Terimakasih Dan Penghargaan
Allahu Akbar Walillahilhamd. Solawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabat semua. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Muhammad Mahdi Akif, Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketujuh
Sumber : Ikhwan webnetonline
Sekitar Jaulah Siswa Brunei
January 26th, 2010Daurah Siswa Harapan – DASH’2010
January 25th, 2010Assalamu`alaikum warahmatullah,
KONSIS-PJ akan menganjurkan DASH – Daurah Siswa Harapan 2010 yang merupakan siri daurah-daurah tarbawiyy berkala khusus untuk pelajar-pelajar IPT di Petaling Jaya dan Subang Jaya. DASH pertama Insha Allah akan diadakan pada 30-31 Januari 2010 (Sabtu & Ahad).
Aturcara
30 Jan (Sabtu) – Ikhwah Sahaja
1930 Salat Maghrib
1945 Dinner
2030 Salat Isya’
2045 Penyampaian 1: Tazkiyyah al-Nafs
2245 Game
2315 Tilawah al-Qur’an
2400 Tidur
31 Jan (Ahad) – Akhawat join pada 0930 hrs
0430 Qiyam
0545 Subuh, Al-Ma’thurat
0615 Tazkirah
0800 Riadah (Physiological Test)
0845 Breakfast
0930 Penyampaian 2: Pesanan Kepada Pelajar Al-Banna
1230 Lunch, Salat Zuhur
1400 Penyampaian 3: Reach For The Stars (Study Skills)
1600 Tamat
Jadi, luangkan masa anda untuk Allah! Dan ajak yang lain! Untuk maklumat lanjut, sila berhubung saudara Akram 012 3732707
Risalah Mursyid Am IM ke 8 Sheikh Dr. Mohammed Badee
January 18th, 2010Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, kepada para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.
Ikhwah dan Akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang mana Allah telah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimun(IM) yang saya sahutnya dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota Ikhwan Muslimun, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan yang besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah
Ikhwah dan Akhawat,
Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.
Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”. Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.
Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua. [Baca sepenuhnya]
Terkini Blog AFAQ Wanita
January 15th, 2010- Pupuk Pemikiran Kreatif Anak-Anak
Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak kita. Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara.
Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka. Apakah Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti? Potensi Kreativiti yang Merosot…? [Baca sepenuhnya]
Lain-lain artikel menarik:
Madrasah Hassan al-Banna Siri 4
January 14th, 2010Ibadat – dengan pengertian umum – ialah suatu nama yang mencakup segala apa yang disukai dan diredhai oleh Allah, berupa perkataan dan perbuatan. Tetapi yang kami maksudkan di sini ialah ibadat dalam pengertian khusus, iaitu beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan syiar-syiar-Nya, berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Di antara unsur-unsur pokok yang ditekankan oleh Ikhwanul Muslimin dalam ibadat adalah:
- Tetap mengikuti Sunnah dan menjauhi bid’ah
- Mengutamakan ibadat-ibadat fardhu
- Menggemarkan salat jamaah
- Menggemarkan amalan sunat
- Menggemarkan berzikir kepada Allah.
Hampir tidak ada anggota Ikhwanul Muslimin yang tidak memiliki Risalah ini dan sedikit di antara mereka yang tidak menghafalnya dan mengulang-ulangi zikirnya pagi dan petang. Di antara anggota ada yang membuat cara tersendiri untuk mengingatkannya akan do’a itu dalam setiap kesempatan. Di kamar tidur digantungkan papan tulis yang berisi do’a waktu tidur dan waktu bangun. Di kamar makan digantungkan do’a makan dan minum, dekat pintu do’a masuk dan ke luar, dalam kenderaan do’a perjalanan dan demikianlah seterusnya.
Di antara metode yang diciptakan oleh Ikhwanul Muslimin untuk membangkitkan perasaan keagamaan, menumbuhkan sikap mawas diri dan mengalahkan nafsu lawwamah atas nafsu ammarah adalah apa yang dinamakan Jadwal al Muhasabah (Jadual Introspeksi), iaitu suatu jadual yang dicetak, berisi pertanyaan-pertanyaan yang ditujukan oleh seseorang kepada dirinya dan ia harus menjawabnya dengan ya atau tidak, supaya mengetahui sejauh mana ia melaksanakan atau mengabaikan kewajibannya. Yang demikian itu ketika ia hendak tidur, supaya diketahuinya hasil pekerjaannya hari itu. Introspeksi hanya dilakukan sendiri, tidak memerlukan pengawas selain Allah SWT. [Baca sepenuhnya]
Pre-Departure & KIBAR 2010
January 4th, 2010Assalamu’alaikum wbt
Sukacitanya pihak kami ingin menjemput pihak tuan/puan/saudara/ i ke program persediaan berlepas ke Australia & New Zealand sepeti berikut:
Pre-Departure Program
Tarikh: 15-16 Jan 2010
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong, Jalan TPP 1/3, Taman Perindustrian Puchong, Batu 12, 47100 Puchong, Selangor
Sasaran: Bakal Pelajar Malaysia ke Australia & New Zealand
Menarik di dalam: Taklimat ke luar negara, maklumat tempat tinggal di luar negara, berjumpa senior, dalami kefahaman Islam, Fiqh Luar Negara, jalinan Ukhwah, tayangan movie kehidupan pelajar di Australia & NZ dan banyak lagi. Pendaftaran/ pertanyaan: Haq 019-7617895
Kursus Intensif Bahasa Arab – KIBAR 2010
Tarikh: 15 – 22 Jan 2010
Menarik di dalam: Dalami kefahaman Islami, Fiqh Luar Negara, Bahasa Arab & Al-Quran, Ukhwah, Riadah dan Latihan Amali Dakwah dan banyak lagi.
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong Jalan TPP 1/3, Taman Perindustrian Puchong, Batu 12, 47100 Puchong, Selangor
Pendaftaran/ pertanyaan: Imran (Bro) 019-2533893, Azi (Sis) 019-3724864
Penganjur: World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia (lihat website: wamy.my). Moga program ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada bakal pelajar yang akan meneruskan pengajian dan membentuk jati diri sebagai Muslim di luar negara.
Malam Lambaian Nur Ilahi
January 2nd, 2010Petaling Jaya Selatan, 31 Dis 2009 – Bermula tahun ini, Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan akan melaksanakan Perancangan Prestasi dalam usahanya meningkatkan keceka-pan pentadbiran masjid. “Melalui KPI ini, kita dapat menilai prestasi kerja pegawai dan AJK masjid yang dilantik,” kata Nazir Masjid Darul Ehsan, Ustaz Hj Ghazali Shaari kepada Sinar Harian pada program ‘Malam Lambaian Nur Ilahi’, di sini semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talha dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kawasan PJS1 dan PJS2, Prof Madya Dr Melasutra Md Dali.
Dalam pada itu, Ghazali memaklumkan pada Sinar Harian, Masjid Nurul Ehsan telah melancarkan blog pertamanya dan Kelab Sahabat Masjid. Katanya, Kelab Sahabat Masjid dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak berumur antara tujuh dan 11 tahun, kategori remaja iaitu 12 hingga 19 tahun dan kategori belia yang berumur 20 hingga 45 tahun. “Borang keahlian boleh didapati di masjid dan lapan surau naungan masjid Nurul Ehsan sekitar Taman Medan. “Untuk keterangan lanjut, boleh melayari blog Masjid Nurul Ehsan di http://masjid-nurul-ehsan.blogspot.com atau emelkan sebarang pertanyaan ke nurulehsan1986@gmail.com ,” katanya.
Terdahulu, dalam program sempena sambutan tahun baru itu, seramai 97 anak yatim menerima sumbangan Tabung Anak Yatim Nurul Ehsan berjumlah keseluruhan RM14,550. Ghazali yang juga Ahli Majlis, MBPJ berkata, setiap anak yatim yang dikenal pasti menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150. Katanya, sumbangan wang tunai itu adalah untuk meringankan beban anak yatim yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi. “Kita harap wang yang diberikan ini dapat digunakan membeli peralatan dan kelengkapan sekolah dan janganlah gunakannya untuk perkara yang tidak manfaat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Hebahan: Jaulah Pelajar Brunei Jan’10
December 31st, 2009Seramai 30 pelajar Brunei dan 3 pengiring akan mengadakan program Jaulah (Kembara) Da’awah ke PJ pada 4-5 Januari 2010. Seterusnya mereka akan ke Melaka, Terengganu dan Kelantan (berakhir pada 10 Januari 2010). Matlamat utama program ini adalah bagi meningkatkan ukhuwwah dan pengalaman da’awah bersama ikhwah dan akhawat di lokasi yang dilawati di samping melawat tempat-tempat menarik. Sepanjang perjalanan, program diisi dengan ta’aruf, slot pengisian tsaqafah dan aktiviti-aktiviti di lokasi berkenaan. Semoga program mereka diberkati Allah dan diberi kemudahan dan keselamatan.
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan – “… Bahkan tanggungjawab kamu -wahai para pemuda adalah lebih besar daripada itu… Tanggungjawab kamu ialah mara ke depan dengan kesungguhan bekerja, membebaskan diri dari kongkongan perasaan malas dan lemah serta mengharungi kehidupan dengan penuh keazaman dan keikhlasan, tidak dihalang oleh rasa gementar dan sebarang rintangan… untuk melayakkan kamu melaksanakan tanggungjawab yang besar di dalam menghadapi cabaran-cabaran keruntuhan dan penyelewengan yang mencengkam umat Islam. …Semoga Allah sentiasa bersama kamu dan Dia tidak akan membiarkan usaha kamu begitu sahaja kerana Dia telah berjanji di dalam kitabNya yang mulia: Maksudnya: Sekiranya kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad: 7)”.
Sekitar Sunathon Damansara Damai
December 25th, 2009Ukhuwwah Syiar Da’awah Kita Siri 4
December 21st, 2009Islam mengharamkan seorang muslim berlaku kasar terhadap kawannya, memutuskan hubungan dan menjauhinya. Islam tidak memperkenankan seorang muslim menjauhi kawannya, kecuali dalam batas tiga hari, sehingga tenanglah kemarahan kedua belah pihak. Kemudian mereka berdua harus berusaha untuk memperbaiki, menjernihkan suasana dan mengatasi perasaan-perasaan congkak, benci dan permusuhan. Sebab di antara sifat-sifat yang terpuji dalam al-Quran ialah: “Merendah diri terhadap orang-orang mu’min.” (al-Maidah: 54). Rasulullah s.a.w. menggambarkan silaturrahmi ini dan nilainya, dalam salah satu sabdanya sebagai berikut: “Kekeluargaan bergantung di Arsy, ia akan berkata: barangsiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya; dan barangsiapa memutus aku, maka Allah pun akan memutusnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan sabdanya pula: “Tidak masuk syurga orang yang memutus.” (Riwayat Bukhari). Sebagian ulama ada yang menafsirkan kata-kata memutus itu yakni: memutuskan silaturrahmi. Dan lainnya menafsirkan dengan: memotong jalan (penyamun). Jadi seolah-olah kedua-duanya berada dalam satu kedudukan. Bukanlah yang dimaksud silaturrahmi yang wajib itu sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain, sebab ini adalah satu hal yang biasa dan yang mesti demikian. Tetapi apa yang dimaksud silaturrahmi yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga-keluarganya sekalipun mereka itu menjauhinya.
Adapun menjauhi kawan lantaran kepentingan duniawi, maka sesungguhnya duniawi harus lebih dikesampingkan dalam hubungannya dengan Allah dan seorang muslim, daripada membawa kepada sikap berjauhan dan memutuskan tali persahabatan antara seorang muslim dengan saudaranya. Sebab memutuskan hubungan itu akan dapat menghalangi pengampunan dosa dan rahmat Allah. Seperti diterangkan oleh hadis Rasulullah s.a.w.: “Pintu-pintu surga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi ampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikitpun; kecuali seorang laki-laki yang ada perpisahan antara dia dengan saudaranya. Maka berkatalah Allah: tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai.” (Riwayat Muslim)
Perhimpunan KRS Musleh 2009
December 21st, 2009Adalah dimaklumkan bahawa satu Majlis Perasmian Perhimpunan Nasional KRS Musleh 2009 akan berlangsung di The Woods Resort, Jalan Ulu Yam Kuala Kubu Bharu pada jam 8:00 am hingga 9.30 am bersamaan 22 Disember 2009 (Selasa).
Majlis perasmian oleh YBG Dato’ Dr Mohd Fuad Zarkashi Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Seramai 1000 lebih peserta dengan penyertaan wakil Pramuka Indonesia (JSIT) seramai 104 orang dan 12 orang dari Thailand. Peserta utama adalah pelajar-pelajar KRS Musleh dari 34 buah sekolah seluruh negara berumur dari 9 tahun hingga 18 tahun.
Untuk makluman Kadet Remaja Sekolah-Musleh adalah satu badan berunifom didaftarkan dengan Kadet Remaja Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2008. Tujuan utama perkemahan ini adalah bagi menyempurnakan lagi manhaj tarbiyyah pelajar Musleh. [Hebahan awal]
“Hijrah” Menurut Syeikh Al-Qaradhawi
December 20th, 2009Initipati ceramah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi ketika berada di Malaysia pada Disember 2009 lalu.
Hijrah Satu Kemenangan’
Hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan. Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran. Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan.
‘Harus Atur Strategi’
“Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu. “(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam… tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam. “Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran,”
Bina Masjid
Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat. Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.
‘Pendustaan Kaum Munafik’
Pendustaan kaum munafik di zaman ini “lebih dahsyat daripada zaman silam”. “Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain. “Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta,”
Sumber: MalaysiaKini.com